KKM lapor 116 kematian baharu Covid-19

KKM lapor 116 kematian baharu Covid-19

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 116 kes kematian Covid-19 semalam, menurut data dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, 29 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID), menjadikan keseluruhan kes kematian mencecah angka 24,681.

Selangor merekodkan kes kematian paling tinggi semalam dengan 33 kes, diikuti Pulau Pinang (20), Kuala Lumpur (17), Sarawak (14), Kelantan (10), Sabah (lapan), Melaka (tujuh), Perak (enam) dan Kedah (satu).

Tiada kes kematian direkodkan di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Terengganu, Putrajaya or Labuan.

Setakat tengah malam tadi, sebanyak 198,284 kes aktif dilaporkan, termasuk 1,117 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 615 yang memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 16,628 kes sembuh turut dilaporkan semalam.

Jumlah kes Covid-19 sehingga kini mencatatkan angka 2,156,678. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

KKM lapor 116 kematian baharu Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker