Ku Li letak jawatan pengerusi Jemaah Penasihat Umno
Ku Li letak jawatan pengerusi Jemaah Penasihat Umno
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi Jemaah Penasihat Umno.
Dalam sepucuk surat bertarikh 20 Sept, veteran Umno itu berkata peletakan jawatan itu berkuatkuasa mengikut tarikh surat berkenaan.
“Saya suka juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana memberi saya kesempatan memain peranan yang kecil dalam perjalanan parti kita,” katanya dalam surat yang diserahkan kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Bercakap kepada FMT, sumber terdekat dengan hal itu mengesahkan surat berkenaan.
Antara kandungan surat berkenaan, Tengku Razaleigh yang juga dikenali dengan panggilan Ku Li membangkitkan kekecewaannya terhadap Jemaah Menteri Ismail Sabri Yaakob apabila dibarisi menteri daripada kerajaan gagal Muhyiddin Yassin.
“Sudah tentu pimpinan yang dipilih dan anggota kerajaan yang menggantikan kerajaan gagal telah direstui oleh pimpinan Umno walaupun rata-rata orang ramai dan akar umbi parti menzahirkan kekecewaan kerana hampir semua jawatan dipenuhi oleh mereka dari kerajaan gagal.
“Bolehkah mereka ini bantu parti kita tebus kekalahan dalam PRU15 dan akhiri Parlimen yang tergantung? Bolehkah kita bergantung harap kepada mereka ini memberi kemenangan kepada parti dalam PRU15 nanti?,” soal Ku Li.
Perhimpunan Agung Umno 2020 pada Mac lalu sebulat suara meluluskan usul untuk memutuskan sebarang kerjasama dengan Bersatu pada PRU15.
Bagaimanapun, Ku Li berkata usul berkenaan mengambil masa untuk dilaksanakan, kerana jika dikuatkuasakan memberi kesan segera dalam pimpinan yang tidak mempunyai sokongan sebagaimana dikehendaki Perlembagaan Persekutuan.
“…dan kerajaan pimpinannya terpaksa meletak jawatan tanpa tunggu pengundian menolaknya di Dewan Rakyat,” katanya. FMT
Ku Li letak jawatan pengerusi Jemaah Penasihat Umno
Baca Artikel Menarik :
- Pulau Pinang dipajak dari Kedah – Sanusi ingatkan
- Perkenalkan program bank membiayai 70% pembelian saham untuk rakyat – Najib
- Adakah kamu sekat Nga pengerusikan sidang Dewan Rakyat, Gobind cabar Azmin
- Adakah SPRM selamat, selepas 3 pegawai SPRM didakwa curi barang kes
- Terimalah kenyataan, kamu bukan satu-satunya parti India – Puad
- Kini Nama Popularku Bella
- Polis nafi ketua balai minta main golf percuma
- Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 tahun Kahwini Lelaki 61 tahun [VIDEO]
- Wajarkah Keuntungan Pelaburan Saham Dicukai?
- Percutian ‘daring’ Nora tamat, buka semula ruangan komen IG
- Macam mana SPRM siasat SPRM, soal Gobind
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.