Mengaku Peminat Setia Nike Ardilla, Raul Lamos Kongsi Foto Lama Ziarah Kubur Penyanyi Tersebut

 

Mengaku Peminat Setia Nike Ardilla, Raul Lamos Kongsi Foto Lama Ziarah Kubur Penyanyi Tersebut

PERKONGSIAN suami penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti iaitu Raul Lamos di akaun Instagramnya baru-baru ini mendapat perhatian netizen negara itu.

Raul memuat naik foto kenangan masa mudanya ketika menziarahi kubur Allahyarham Nike Ardilla pada tahun 1995.

Menerusi kapsyen gambar, Raul berkata ketika itu Indonesia hangat memperkatakan tentang pemergian penyanyi itu.

“Saat itu semua media hangat-hangatnya melaporkan tentang kematian Nike Ardilla” tulisnya.

Krisdayanti bersama suaminya Raul Lamos.

Foto lama itu memperlihatkan dia berdiri di sebelah kubur dengan memakai baju kemeja bercorak dan seluar jeans.

Raul turut memberitahu dia merupakan seorang peminat penyanyi Bintang Kehidupan itu.

“Saya ketika itu memang minat sangat dengan suara emas Nike Ardilla, sementara jalan-jalan di Bandung sempat singgah melawat kubur arwah” katanya.

Tambah Raul, dia juga beruntung dapat bertemu bapa kepada penyanyi itu iaitu Eddy Kusnadi dan berbual panjang.

“Sempat bertemu bapa dan kami berbual panjang. Waktu itu kamera belum canggih seperti sekarang” katanya.

Sementara itu, Krisdayanti turut meninggalkan komen bertanya tentang saiz pinggang suaminya ketika itu.

“Amor (sayang) pinggangnya size berapa?” soalnya.

Untuk rekod, Nike Ardilla meninggal dunia pada usia 19 tahun akibat kemalangan jalan raya pada 19 Mac 1995. – LIPUTAN 6 

Mengaku Peminat Setia Nike Ardilla, Raul Lamos Kongsi Foto Lama Ziarah Kubur Penyanyi Tersebut


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hanif Omar mohon maaf kepada Kit Siang

Bencana di Gunung Jerai takdir Allah – Takiyuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker