Pegawai SPRM curi barang kes USD6 juta?
Tiada laporan pegawai SPRM curi barang kes USD6 juta, kata polis
Tiada sebarang laporan diterima setakat semalam berhubung tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencuri barang kes berupa wang tunai USD6 juta sebagaimana yang ditularkan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengambil maklum tentang isu tular berkenaan.
“Polis mengambil maklum tentang isu viral berkaitan tiga pegawai kanan SPRM direman kerana terlibat dalam kes curi barang kes wang tunai berjumlah USD6 juta.
“PDRM ingin mengesahkan bahawa sehingga hari ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.
Abd Jalil berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menyalahguna media sosial untuk menyebarkan berita palsu.
Terdahulu, tular penulisan sebuah blog yang mendakwa tiga pegawai kanan SPRM ditahan reman membabitkan kes curi barang kes berupa wang tunai berjumlah USD6 juta.
Blog itu mendakwa terdapat laporan polis dibuat, namun tiada siasatan daripada pihak polis sebaliknya siasatan dalaman dilakukan SPRM selain mengaitkan kejadian itu dengan seorang lagi pegawai kanan dalam SPRM.
Menurut penulisan blog itu, kejadian itu membabitkan siasatan SPRM terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Ab Hamid. FMT
Pegawai SPRM curi barang kes USD6 juta?
Baca Artikel Menarik :
- AED bantu atasi kematian mengejut
- Saman fitnah Anwar: Perbicaraan rayuan KJ perlu diteruskan
- Nik Abduh wakafkan diri untuk Muafakat Nasional
- Lisa Blackpink leburkan rekod PSY
- Golongan M40 terpinggir pakej bantuan kerajaan? – Asyraf Wajdi
- Penggunaan Ivermectin boleh sebabkan kemandulan lelaki
- Pasal makan pun boleh bertikam
- Azalina luah rasa kecewa mengenai MOU kerajaan-PH
- Resepi stew ekor lembu chewy
- Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan
- Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.