Hujan lebat berterusan, Jalan Penampang-Tambunan terputus akibat tanah runtuh

Hujan lebat berterusan, Jalan Penampang-Tambunan terputus akibat tanah runtuh

Hubungan jalan raya Penampang-Tambunan terputus susulan tanah runtuh di Kilometer 52.35, berdekatan Air Terjun Masakob, pada jam 7 malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Farhan Sufyan Borhan, berkata laluan sepanjang hampir 30m itu tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Jalan berkenaan dipercayai runtuh akibat hujan lebat berterusan dan kawasan itu kini dikategorikan sebagai berbahaya,” katanya dipetik Bernama.

Katanya, tiada mangsa terbabit atau kerosakan kenderaan dilaporkan akibat kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya penduduk terjejas boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Ranau ke Tambunan atau melalui Jalan Kimanis ke Keningau.

“Pemantauan situasi di kawasan kejadian masih dilakukan setakat ini dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelak laluan itu sehingga kerja-kerja membaik pulih disiapkan,” katanya. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Hujan lebat berterusan, Jalan Penampang-Tambunan terputus akibat tanah runtuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker