Tok Mat Ajak Ahli UMNO/BN Bersetia, Usaha Jayakan PRU15 Untuk Kembalikan Kestabilan

Tok Mat Ajak Ahli UMNO/BN Bersetia, Usaha Jayakan PRU15 Untuk Kembalikan Kestabilan

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengajak ahli parti untuk terus bersetia kepada UMNO/Barisan Nasional (BN) demi usaha untuk menjayakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan fokus mengembalikan kestabilan negara.

Katanya yang juga Timbalan Pengerusi BN, kestabilan amat penting agar negara dapat dirus dengan baik dan tidak ketinggalan.

“Kepada ahli UMNO kita mesti pastikan supaya sebagai ahli kesetiaan kita kepada parti, kita mesti bersetia, jangan kita sebagai ahli pula yang menuding-nuding jari, jangan sebagai ahli pula kita menjadi duri dalam daging … yang tu tidak baik.

“Sebagai ahli kita mesti bersama dengan parti dan pastikan dalam usaha parti nak menghadapi pilihan raya ini maka gerak kerja parti itu mesti kita sama-sama dukung. Ini untuk kita pastikan kelicinan gerak kerja tersebut dapat dilakukan dengan terbaik yang mungkin,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau juga berharap agar para pengundi dapat berfikir dengan waras serta tidak terikut-ikut dengan pelbagai isu yang ada sekarang sedangkan kebenarannya tidak pasti.

“Kepada pengundi-pengundi mesti berfikir secara waras, secara rasional, jangan ikut perasaan, banyak orang kadang-kadang terikut-ikut dengan isu-isu yang dibongkarkan yang kadang-kadang belum tentu betul ke tidak termasuk cara berkempen mereka.

“Jadi kita mesti berfikir panjang kerana negara sejak 2018 jelas kita tidak dalam keadaan baik, tahap kestabilan yang baik ini penting kepada sebuah negara untuk kita mengurus dengan baik. Kerajaan yang stabil adalah kerajaan yang mantap, boleh memfokuskan seluruh tenaga mereka untuk mengurus negara.”

Tegasnya, ini bukannya sentiasa berpolitik pagi petang siang malam untuk mengekalkan kuasa atau bagi mengekalkan pengerusi yang ada.

“Ini tak baik untuk negara. Sepatutnya selepas saja proses pilihan raya dijalankan rakyat dan kerajaan mesti letak senjata dan fokus kepada negara, negara mesti diurus … besok lima tahun kita jumpa lagi (PRU).

“Jadi maknanya kerajaan mesti urus negara dengan baik untuk pastikan rakyat memberi sokongan semula. Kerajaan atau parti yang menubuhkan kerajaan ini penting, kalau tidak negara dalam kerugian sebagaimana empat tahun lebih negara tak bergerak kerana asyik masalah politik.

“Tiga perdana menteri, kerajaan itu bertukar kerajaan ini … bertukar memang tak ada masa nak menguruskan negara dan pengakhir cerita rakyat akan pergi … kerajaan semakin keciciran dan ketinggalan di belakang orang lain, dah jauh dah, negara lain dah bergerak laju dah tapi Malaysia terus ketinggalan dan yang ruginya nanti rakyat jelata yang menerima kesan yang tidak baik.”


Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata demikian kepada UMNO Online selepas selesai sesi libat urus melibatkan 12 negeri di Semenanjung yang merupakan gerak kerja turun padang menjelang PRU15.

Ujar Mohamad, dalam setiap ucapan kepada jentera dan ahli apabila turun padang, beliau sentiasa menekankan berkaitan kestabilan kerana ia amat penting.

“Kestabilan ini penting, dalam mana-mana mesti stabil, rumah tangga mesti stabil kerana kalau rumah tangga tak stabil maka huru-hara kita, anak ke sana, isteri ke sana, suami ke situ, rumahtangga apa?

“Begitu juga kalau syarikat mesti stabil, kalau orang besar dia mesti kuat, boleh mengurus syarikat dengan baik dan syarikat lainnya dapat keuntungan, bagi dividen kepada pemegang saham, juga memberikan bonus kepada pekerjanya, semua suka … begitu juga dengan negeri, negeri mesti mantap.”

Dalam hal ini beliau mengambil analogi Johor yang stabil selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Mac lalu.

“Sekarang di Johor dua pertiga dan itu sebabnya dari nombor keenam sekarang dah jadi tempat pertama dari segi penerimaan pelaburan, sebab apa, sebab orang dah lihat pelaburan di luar Johor ini dah mantap.

“Kalau kita dah buat pelaburan pun duit kita selamat, kalau kita melabur di sini pun kerana kerajaan yang mantap pelaburnya boleh dikembangkan, boleh bawa keluar ataupun modal besok jadi negara pun begitu mesti mantap mesti stabil.

“Kita Malaysia bukan salah siapa-siapa, bukannya mereka tak suka Malaysia, bukan mereka suka sangat negara jiran tu, dulu Malaysia menjadi tempat pelaburan asing tapi sekarang mereka lebih dengan negera lain bukan ada tangan ajaib ataupun apa-apa tapi mereka stabil, kerajaannya stabil maka sampai ke situ.”

Ujarnya, sekiranya Malaysia PRU ke-15 dapat tubuhkan sebuah kerajaan yang mantap, yang stabil maka beliau yakin bahawa pelabur-pelabur akan datang semula ke Malaysia.

“Ini kerana Malaysia ini strategi, tempat dia tempat yang startegi, tenaga kerja pun tenaga kerja yang baik, jadi itu saya katakan tadi pengundi-pengundi membuat keputusan yang baik agar apa jua kerajaan yang dibentuk selepas diumum nanti kerajaannya mestilah kerajaan yang mantap”

Maka kerana itu katanya, pilihan terbaik adalah BN yang mempunyai bukti nyata sebagai kerajaan.

“Sudah tentu BN kerana sudah membuktikan track record … betullah ada silap sana sikit, ada silap sini sikit, siapa yang perfect tetapi kalau dilihat dari segi track record Malaysia berjaya diurus dengan baik kalau dibandingkan dengan kerajaan 22 bulan, cerita banyak tapi tak buat apa pun, kerajaan 17 bulan pula mengumumkan kita begitu lama tak ada apa-apa.

“Itu sebab di Melaka dan di Johor rakyat berminat semula kepada BN dan hendaknya nanti pilihan raya umum rakyat bagilah sokongan yang baik kepada BN, kita tubuhkan kerajaan yang mantap dan stabil, insya-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online

Tok Mat Ajak Ahli UMNO/BN Bersetia, Usaha Jayakan PRU15 Untuk Kembalikan Kestabilan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker