Pedofil DiPenjara 27 tahun Kerana Kendalikan Laman Web Lucah Kanak-Kanak

Pedofil DiPenjara 27 tahun Kerana Kendalikan Laman Web Lucah Kanak-Kanak

ANNAPOLIS, MARYLAND – Seorang lelaki pedofil yang mengendalikan sebuah laman web gelap atau ‘dark web’ yang memaparkan lebih 8.5 juta imej penderaan seksual kanak-kanak dijatuhi hukuman penjara 27 tahun, lapor akhbar Daily Star semalam.

Eric Eoin Marques, 36, yang memiliki kerakyatan Amerika Syarikat (AS) dan Ireland telah ditahan di Ireland pada 2013 dan diekstradisi ke AS enam tahun kemudian.



Menurut pendakwa raya, Marques menghasilkan dan mengendalikan pelayan komputer di laman web gelap selama lima tahun antara 2008 hingga 2013.

Sistem itu membolehkan pengguna mengakses jutaan imej rogol dan penderaan melibatkan kanak-kanak.

Jabatan Kehakiman AS menyatakan bahawa hampir dua juta imej dan video adalah ‘melibatkan mangsa yang tidak diketahui oleh penguatkuasaan undang-undang’.



“Sebilangan besar gambar ini melibatkan penderaan sadis terhadap bayi dan kanak-kanak seperti diikat, diliwat dan bersifat memalukan seperti membuang air kecil dan besar serta muntah,” jelas jabatan tersebut.

Menurut pengadilan mahkamah, pegawai penyiasat telah mengenal pasti tertuduh sebagai penyedia gambar penderaan kanak-kanak terbesar di seluruh dunia dan memperoleh bayaran berjumlah AS$3.6 juta (RM15.02 juta) daripada kegiatannya.

Marques bagaimanapun meminta hakim menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun kerana dia telah menjalani hukuman selama lapan tahun sebelum itu, namun permohonan tersebut ditolak.

Peguam AS, Jonathan Lenzner menyatakan bahawa tertuduh telah menyebabkan ‘kerosakan yang tidak dapat diungkapkan’ kepada kanak-kanak.



Selain hukuman penjara, Marques turut diperintahkan untuk membayar sebanyak AS$87,000 (RM362,960) kepada mangsa-mangsa yang telah disebarkan gambar mereka. – AGENSI

Pedofil DiPenjara 27 tahun Kerana Kendalikan Laman Web Lucah Kanak-Kanak


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS



Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker