Penyelidik Hasilkan Cat Paling Putih Di Dunia Diiktiraf Guiness World Records

Penyelidik Hasilkan Cat Paling Putih Di Dunia Diiktiraf Guiness World Records

LAFAYETTE BARAT, INDIANA – Sepasukan penyelidik dari Universiti Purdue menerima pengiktirafan Guinness World Records apabila menghasilkan cat paling putih di dunia, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Profesor kejuruteraan mekanikal di Fakulti Industri Lafayette Barat, Xiulin Ruan berkata, sasaran utama projek tersebut adalah untuk menghasilkan cat yang mampu memantulkan cahaya matahari dari bangunan dan mengurangkan penggunaan tenaga untuk melawan perubahan iklim.

Menurut Xiulin, cat tersebut yang menggabungkan zarah barium sulfat memantulkan 98.1 peratus sinaran suria, menjadikan permukaan yang dicat terasa lebih sejuk berbanding permukaan sekitarnya.

Tambahnya, proses membuat cat reflektif itu mempunyai kesan sampingan yang menjadikan cat menjadi putih.

Rekod bagi cat tersebut akan dimasukkan ke dalam buku Guinness Book of World Records edisi 2022. – AGENSI

Penyelidik Hasilkan Cat Paling Putih Di Dunia Diiktiraf Guiness World Records


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker