Ibu maut, bayi 5 bulan terselamat nahas

Ibu maut, bayi 5 bulan terselamat nahas

Seorang wanita maut dalam perjalanan melawat ibunya dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 380.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Ajil-Bukit Besi, Kuala Berang, hari ini.

Dalam kejadian pada 10.15 pagi, mangsa Nurshahyda Mohd Zaki, 29, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Suaminya yang memandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger, Ahmad Rakeymi Hafey Roslam, 29, dan anak mereka, Nur Ammara Safiyya, lima bulan, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Mohd Adli Mat Daud, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu pacuan empat roda itu bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan dari arah Setiu menghala ke Dungun, untuk melawat ahli keluarga mereka.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dipandu seorang penuntut universiti awam berusia 19 tahun dari arah Kuala Terengganu, menghala ke Bukit Besi dikatakan hilang kawalan ketika memotong, sebelum merempuh bahagian kiri pacuan empat roda dinaiki tiga beranak itu.

Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk hadapan pacuan empat roda terbabit parah di kepala, sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk menjalani ujian calitan Covid-19 dan proses bedah siasat.

“Penuntut lelaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT

Ibu maut, bayi 5 bulan terselamat nahas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker