Projek Taman Ilmu ‘terbantut’, kerajaan Terengganu disaman RM44 juta

Projek Taman Ilmu ‘terbantut’, kerajaan Terengganu disaman RM44 juta

Syarikat Ruas Bina Sdn Bhd memfailkan saman RM44 juta terhadap kerajaan negeri Terengganu kerana mendakwa gagal meneruskan projek-projek yang dicadangkan di Taman Ilmu, Besut, Terengganu.

Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah dalam satu kenyataan memaklumkan, writ saman itu bagi menggesa kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan projek yang dicadangkan, atau membayar ganti rugi sekiranya projek tersebut dibatalkan.

“Suatu writ saman telah difailkan oleh syarikat Ruas Bina Sdn Bhd ke atas Kerajaan negeri Terengganu di atas kegagalan untuk meneruskan projek-projek yang dicadangkan di Taman Ilmu, Besut, Terengganu melalui dua surat niat yang bertarikh 18 Ogos 2019,” katanya.

Beliau berkata, setelah hampir dua tahun, tiada sebarang rundingan dari pihak kerajaan negeri Terengganu atau wakilnya berhubung perlaksanaan projek tersebut.

Syarikat Ruas Bina Sdn Bhd adalah syarikat yang menerima hak daripada dua syarikat Korea, Yeonhee Engineering Proff Co dan Vitzrosys Co, selaku kontraktor bagi projek berkenaan.

Raja Kamarul berkata dua syarikat dari Korea itu antara 17 kontraktor yang tersenarai di dalam suatu perintah persetujuan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bertarikh 1 Disember 2016.

“Di dalam perintah tersebut, kerajaan negeri Terengganu telah bersetuju untuk mengeluarkan surat-surat niat kepada 17 kontraktor yang disenaraikan.

“Syarikat Ruas Bina Sdn Bhd adalah sebuah syarikat tempatan yang dipilih oleh syarikat-syarikat Korea tersebut bagi mematuhi syarat yang diberikan oleh kerajaan negeri Terengganu (syarikat yang berdaftar di bawah CIDB Malaysia),” kata kenyataan itu. FMT

Projek Taman Ilmu ‘terbantut’, kerajaan Terengganu disaman RM44 juta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker