Resepi Bihun Goreng Lada Hitam

Resepi Bihun Goreng Lada Hitam

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu yang lazimnya dijadikan sarapan pagi. Bihun goreng lada hitam atau nama lainnya bihun singapura adalah salah satu inovasi masakan berasaskan bihun.

Namun ianya tidak menggunakan cili kisar seperti kebiasaan bihun goreng. Bihun lada hitam seperti namanya menggunakan lada hitam yang telah ditumbuk halus sebagai bahan untuk menambah rasanya.



Oleh itu kali ini kita akan kongsikan resepi dan bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi bihun goreng lada hitam ini.

Bahan-bahan

200 gram bihun, rendam hingga lembut
2 genggam taugeh (pilihan)
1 keping tauhu, didadu, goreng dan toskan
10 ekor udang bersaiz besar, kupas kulitnya dan bersihkan
1 sudu teh lada hitam serbuk
2 biji telur, dibuat telur dadar
1 biji tomato, didadu
3 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
Garam secukup rasa

Kaedah



Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum.
Masukkan udang dan kacau rata.
Bila udang masak, masukkan kiub ikan bilis. Tambah telur, lada hitam serbuk dan tauhu, gaul rata.
Masukkan sedikit garam (jika perlu).
Tambah bihun dan gaul rata,jika bihun agak keras, tuang sedikit air.
Masuk taugeh dan gaul rata, akhir sekali tambah tomato yang didadu, kacau dan masak sekejap.

Boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah dan daun sup sebelum dihidangkan.

Bagi anda yang suka lebih pedas, anda boleh menambah sukatan lada hitam atau tambahkan cili api untuk tahap pedas yang lebih lagi. Begitu juga sayur tauge jika anda tidak suka, anda boleh tinggalkan ia. Oleh itu selamat mencuba dan jangan lupa ‘like dan share’.

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.



Resepi Bihun Goreng Lada Hitam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker