Penstrukturan pinjaman: AirAsia X dijangka jumpa pemiutang Oktober depan

Penstrukturan pinjaman: AirAsia X dijangka jumpa pemiutang Oktober depan

AirAsia X Berhad dijangka mengadakan perjumpaan dengan pemiutang menjelang hujung Oktober depan untuk membuat undian berhubung skim penstrukturan pinjamannya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail seperti dilaporkan Reuters memberitahu, rundingan dan perbincangan dengan pemajak, pengeluar kapal terbang Airbus SE dan penyedia perkhidmatan telah dijalankan, tanpa mendedahkan sebarang butiran lanjut.



AirAsia X juga didakwa telah berbincang dengan pelabur lain bagi mencari modal selain berharap rundingan itu selesai menjelang hujung tahun ini.

“Kami merancang untuk meningkatkan pembiayaan pada Disember dan menyelesaikannya secepat mungkin.

“Kami berbincang dengan pelbagai pihak, dan dijangka melihat hasilnya pada penghujung tahun ini,” katanya.

Ujar beliau lanjut, perbincangan dengan pemiutang juga didakwa berada pada peringkat akhir dan perkembangan setakat ini membayangkan mereka mahu meneruskan skim penstrukturan tersebut.

Perkara itu telah disahkan oleh AirAsia X menerusi maklumannya di Bursa Malaysia lewat petang Jumaat, yang menjelaskan rundingan akhir dengan pemiutang masih lagi berjalan.



“Syarikat ingin menjelaskan bahawa walaupun terdapat perkembangan yang baik telah dicapai pada isu-isu besar dengan pemajak, Airbus, Rolls-Royce dan penyedia perkhidmatan, rundingan akhir masih berjalan terutamanya berkenaan pengaturan komersial yang akan dilakukan.

“Syarikat berhasrat untuk mengadakan perjumpaan dengan pemiutang menjelang Oktober 2021,” jelas AirAsia X.

Dalam sebuah dokumen yang difailkan mahkamah pada Isnin, AirAsia X mendakwa rundingan itu sedang dijalankan, tetapi “beberapa surat jaminan telah diperoleh” daripada pemiutang.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan bahawa ia telah menerima tiga surat jaminan yang bertandatangan daripada pemiutang yang menyokong skim tersebut termasuk namely Honeywell International, Bridgestone Aircraft Tire Company dan Sky High I Leasing Company.



Pada Oktober tahun lalu, AirAsia X mencadangkan untuk menstrukturkan pinjamannya bernilai RM64.15 bilion, namun menerima tentangan daripada pelbagai pihak pemberi hutang, yang kebanyakannya merupakan pemajak.

Pada minggu ini, mahkamah membenarkan lanjutan kepada AirAsia X untuk mengadakan perjumpaan dengan pemiutang menjelang Mac tahun depan.- DagangNews.com

Penstrukturan pinjaman: AirAsia X dijangka jumpa pemiutang Oktober depan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS



Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker