Lupakan MA63, buat perjanjian baharu dengan Putrajaya – Pandikar
Lupakan MA63, buat perjanjian baharu dengan Putrajaya – Pandikar
Bekas Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia menggesa pemimpin Sabah dan Sarawak berhenti membangkitkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sebaliknya merangka “perjanjian baharu” dengan Putrajaya yang akan menguntungkan kedua-dua negeri itu.
Dalam webinar anjuran Enlighten Society bertajuk “Forum Malaysia 58 Tahun: Hala Tuju, Potensi dan Cabaran”, katanya, MA63 yang membawa kepada pembentukan Malaysia adalah perjanjian lama dimeterai pemimpin terdahulu dan boleh menjadi asas kepada tuntutan yang akan memanfaatkan Sabah serta Sarawak.
“Tidak harus diungkit balik untuk meminta manfaat-manfaat untuk warga Sabah dan Sarawak. Saya merasakan pemimpin-pemimpin ini (kerajaan negeri Sabah dan Sarawak kini) masih berada di takuk lama dengan mengungkit perjanjian ini berkali-kali.
“Pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak perlu merangka satu perjanjian baharu yang boleh mewujudkan status sama rata antara Semenanjung dan Malaysia Timur,” katanya.
Pandikar yang juga Presiden USNO Baru, berkata perjanjian itu harus memasukkan kadar royalti minyak lebih tinggi untuk kedua-dua negeri, yang perlu dibincang bersama syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS.
Beliau turut mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu yang gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya umum ke-14 untuk meningkatkan kadar royalti minyak bagi Sabah dan Sarawak, dengan alasan tindakan sedemikian boleh membankrapkan PETRONAS.
Pandikar juga kecewa dengan pemimpin Semenanjung kerana tidak pernah berhasrat melantik Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan dari Sabah dan Sarawak, walaupun selepas 58 tahun pembentukan Malaysia.
Beliau menasihatkan Putrajaya mengambil kira suara lantang dan kritikal dari Sabah dan Sarawak, termasuk “suara sumbang” memandangkan Malaysia kini mengamalkan politik matang, dengan pelaksanaan reformasi menjadi keutamaan rakyat. FMT
Lupakan MA63, buat perjanjian baharu dengan Putrajaya – Pandikar
Baca Artikel Menarik :
- AED bantu atasi kematian mengejut
- Saman fitnah Anwar: Perbicaraan rayuan KJ perlu diteruskan
- Nik Abduh wakafkan diri untuk Muafakat Nasional
- Lisa Blackpink leburkan rekod PSY
- Golongan M40 terpinggir pakej bantuan kerajaan? – Asyraf Wajdi
- Penggunaan Ivermectin boleh sebabkan kemandulan lelaki
- Pasal makan pun boleh bertikam
- Azalina luah rasa kecewa mengenai MOU kerajaan-PH
- Resepi stew ekor lembu chewy
- Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan
- Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.