17 senjata api tiruan dirampas dari warga Indonesia
17 senjata api tiruan dirampas dari warga Indonesia
SIBU: Seorang lelaki warga Indonesia semalam ditahan kerana disyaki memiliki 17 laras senjata api tiruan, 24 kelopak peluru dan 12 butir bola gel bersaiz di antara tujuh dan 7.5mm di sebuah rumah sewa di Jalan Orang Kaya Setiaraja di Mukah, kira-kira 156km dari sini.
Ketua Polis Daerah Mukah Muhamad Rizal Alias berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan bersama-sama lima rakan senegara berumur lingkungan 25 hingga 39 tahun dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Imigresen serta Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak pada kira-kira 3.05 pagi.
“Serbuan dibuat setelah pasukan itu mendapat maklumat ada sekumpulan warga asing yang dipercayai melakukan pelbagai kesalahan imigresen di rumah itu dan hasil pemeriksaan premis, pasukan itu telah menemukan senjata api tiruan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut di bawah Akta Senjata Api 1960, manakala yang lain ditahan oleh Jabatan Imigresen bagi siasatan di bawah Akta Imigresen 1959.
“Polis telah memperoleh perintah reman selama empat hari hingga 21 Sept ke atas lelaki yang menghadapi siasatan memiliki senjata api ini untuk membantu siasatan,” katanya.
Muhamad Rizal juga berkata, siasatan setakat ini mendapati lelaki itu merupakan peniaga barangan dari Indonesia di sebuah ladang di Mukah dan senjata api tiruan jenis “blaster” berserta kelopak peluru dan bola gel yang dirampas itu diperolehnya dari pasaran negara itu.
Beliau berkata, senjata api jenis “blaster” itu biasanya digunakan oleh syarikat penyedia permainan “paintball” tetapi perlu mendapatkan permit untuk pembelian senjata berkenaan.
“Lelaki itu merancang menjalankan perniagaan permainan ‘paintball’ di Mukah menggunakan senjata blaster itu tetapi tidak dapat dijalankan kerana tiada rakan kongsi tempatan untuk memohon lesen.
“Perniagaan juga tidak dapat dijalankan kerana perintah kawalan pergerakan,” katanya. FMT
17 senjata api tiruan dirampas dari warga Indonesia
Baca Artikel Menarik :
- AED bantu atasi kematian mengejut
- Saman fitnah Anwar: Perbicaraan rayuan KJ perlu diteruskan
- Nik Abduh wakafkan diri untuk Muafakat Nasional
- Lisa Blackpink leburkan rekod PSY
- Golongan M40 terpinggir pakej bantuan kerajaan? – Asyraf Wajdi
- Penggunaan Ivermectin boleh sebabkan kemandulan lelaki
- Pasal makan pun boleh bertikam
- Azalina luah rasa kecewa mengenai MOU kerajaan-PH
- Resepi stew ekor lembu chewy
- Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan
- Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi
Layari Laman Facebook MYKMU
Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual
You must be logged in to post a comment.