Budak 4 tahun Pecah Rekod MBOR Berjaya Namakan Negara 147 Bendera Dalam 15 Minit

Budak 4 tahun Pecah Rekod MBOR Berjaya Namakan Negara 147 Bendera Dalam 15 Minit

USIANYA baharu sahaja mencecah empat tahun tetapi nama Vishan Rajasekaran sudah pun tercatat dalam Malaysia Book of Records kerana minatnya terhadap bendera.

Berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan, Vishan yang baharu belajar menulis dan membaca berjaya mengenal pasti 147 bendera negara di dunia hanya dalam tempoh 15 minit – mungkin tidak dapat dilakukan oleh golongan dewasa.

Anak tunggal kepada pasangan Dr G. Rajasekaran, 40 dan suri rumah Angila Raju, 30, Vishan cukup taksub melihat bendera-bendera di dunia dan mula menghafalnya sejak dia berusia dua tahun.

“Ketika dia berusia dua tahun, dia akan sentiasa bertanya tentang warna makanan di dalam pinggannya dan apabila ada tetamu datang ke rumah dia akan tanya warna pakaian yang dipakai mereka.

“Sebagai mengisi masa lapangnya, saya membeli satu set bendera 10 negara dan hanya dalam masa beberapa hari, dia sudah boleh memberitahu kami bendera setiap negara hanya dengan melihat warnanya,” kata Dr Rajasekaran kepada The Star.

Vishan Rajasekaran

Vishan mula berminat dengan bendera sejak berusia dua tahun.

Dr Rajasekaran memberitahu melihat minat anaknya itu, dia dan isteri membeli lebih banyak kad bendera pelbagai negara untuk anaknya mengenali dan menghafal.

Hanya dalam tempoh singkat, anaknya itu mampu mengenal pasti nama setiap negara hanya menerusi bendera dan membuatkan dia menghubungi pihak Malaysia Book of Records (MBOR) untuk menguji kebolehannya.

Dalam sebuah sesi secara maya yang diadakan pada Julai lalu, Vishan berjaya mengenal pasti 147 bendera secara rawak hanya dalam tempoh 15 minit dan ia adalah rekod baharu.

Dr Rajasekaran juga percaya jika sesi itu diadakan secara bersemuka, anak kesayangannya itu mampu melakukan lebih baik.

Gemar menonton kartun di Astro Ceria, Vishan kini tertarik pula dengan sistem solar dan sudah menghafal nama planet.

file7hd2p9gsbknvxk01fvr

Kini Vishan tertarik dengan sistem solar dan planet.

“Baru-baru ini saya membeli buku warna berkaitan sistem solar dan dia sudah boleh mengenal pasti nama-nama planet meskipun belum mampu menulis dan membaca.

“Tidak hanya bendera, Vishan juga kenal bendera parti politik dengan hanya melihat logonya,” ujarnya.

Berkongsi mengenai perancangan untuk anaknya itu, Angila pula memberitahu dia mahu Vishan mahir dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.

“Kami juga berharap dapat membawanya ke tempat-tempat menarik seperti Planetarium agar dia dapat memahami pelbagai perkara yang akan membantu membentuk pemikirannya,” ujarnya.-mSTAR

Budak 4 tahun Pecah Rekod MBOR Berjaya Namakan Negara 147 Bendera Dalam 15 Minit


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker