Anak maut digilis lori depan mata
Anak maut digilis lori depan mata
Tidak dapat digambarkan kepiluan seorang bapa apabila melihat anaknya maut digilis lori ketika sedang belajar menunggang motosikal di Jalan Hutan Percha, dekat Jasin, Melaka, pagi tadi.
Dalam kejadian 9.50 pagi, mangsa Taufik Hidayat Mohd Rasul, 20, yang juga penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Arshad Abu, berkata kejadian berlaku ketika mangsa dan bapanya menunggang motosikal berasingan dalam perjalanan dari arah Hutan Percha menghala ke rumah mereka di Melaka Perdana.
“Setiba di lokasi, motosikal ditunggang mangsa bagaimanapun dikatakan bergesel dengan sebuah lori menyebabkannya terjatuh dan digilis kenderaan berat itu.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Arshad berkata, hasil soal siasat, bapanya mendakwa, mangsa baru mendapat lesen memandu pada 25 Ogos lalu dan ketika kejadian, dia sedang memantau anaknya belajar menunggang motosikal.
“Ketika kejadian bapanya terlebih dahulu memotong lori tersebut dan memantau anaknya menunggang menerusi cermin motosikalnya. Dia kemudian melihat motosikal anaknya bergesel dan mangsa terjatuh sebelum digilis lori tersebut,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT
Anak maut digilis lori depan mata
Baca Artikel Menarik :
- AED bantu atasi kematian mengejut
- Saman fitnah Anwar: Perbicaraan rayuan KJ perlu diteruskan
- Nik Abduh wakafkan diri untuk Muafakat Nasional
- Lisa Blackpink leburkan rekod PSY
- Golongan M40 terpinggir pakej bantuan kerajaan? – Asyraf Wajdi
- Penggunaan Ivermectin boleh sebabkan kemandulan lelaki
- Pasal makan pun boleh bertikam
- Azalina luah rasa kecewa mengenai MOU kerajaan-PH
- Resepi stew ekor lembu chewy
- Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan
- Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi
Layari Laman Facebook MYKMU