Penyelesaian hutang berjuta ringgit Rina tiada elemen rasuah, kata PM
Penyelesaian hutang berjuta ringgit Rina tiada elemen rasuah, kata PM
Siasatan ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun mendapati tiada elemen rasuah dalam penyelesaian hutang berjuta ringgitnya kepada sebuah syarikat penerbitan berpangkalan di Paris, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.
Yeoh meminta Perdana Menteri menyatakan status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap penyelesaian hutang itu, khasnya berhubung sumber wang berkenaan.
Julai lalu, lima Ahli Parlimen pembangkang lain menggesa SPRM mendedahkan hasil siasatan itu dan mempersoalkan bagaimana beliau mengumpul kekayaannya serta melunaskan hutangnya dalam tempoh singkat.
Mereka berkata, ini tidak mungkin dilaksanakan berdasarkan senarai aset beliau yang diisytiharkan lebih setahun lalu.
Satu laporan dibuat kepada SPRM berhubung sumber dana itu yang digunakan untuk melangsaikan hutangnya pada Februari lalu.
Rina, yang mengetuai sayap Wanita Bersatu, mendapat notis bankrap atas hutangnya kepada syarikat penerbitan Perancis, Novovision berjumlah RM1,340,642.02 setakat 17 Nov 2020.
Menurut latar belakang kes itu, Rina, yang juga seorang daripada Pengarah Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd yang sudah ditutup kini, membeli beberapa program komedi dan dokumentari dari syarikat terbabit.
Beliau dan seorang lagi pengarah syarikat itu, Ida Rahayu Md Noor, memeterai perjanjian jaminan pada Mei 2014 dengan Sarl Novovision akan menanggung semua liabiliti tiga syarikat itu.
Bagaimanapun, tiga syarikat itu menamatkan operasi antara Disember 2013 hingga Ogos 2015. FMT
Penyelesaian hutang berjuta ringgit Rina tiada elemen rasuah, kata PM
Baca Artikel Menarik :
- “Apa punya mangkuk”, kata Mahfuz kepada Hamzah
- Kementerian Kewangan arahkan bank usahakan pengecualian faedah moratorium
- Timbalan speaker gantung Rayer dua hari dari sidang parlimen
- Tak puas hati caj mahal, lelaki tetak peniaga
- Kempen harga ayam dituduh ‘berat sebelah’, KPDNHEP padam catatan di Facebook
- Bila VIP pergi masjid
- Kuasa ketiga muncul lawan kerajaan dan pembangkang
- Ismail Sabri Ulangi Keajaiban Tun Abdul Razak
- Ibu bapa fail saman, hentikan vaksinasi budak bawah 18 tahun
- Ada dua isteri, umur baru 17 tahun
- Baru sejam berkahwin, suami mahu bercerai
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.