Lelaki mengamuk di kedai makan kena cekup

Sebaran :

Lelaki mengamuk di kedai makan kena cekup

Seorang lelaki yang mengamuk di sebuah kedai makan dan mengetuk bonet hadapan kereta peronda dicekup dalam kejadian di Taman Medan Bukit Permai, Ampang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, suspek warga tempatan berusia 27 tahun bertindak masuk ke dalam kedai makan dengan membawa sebatang besi dan kayu.

Menurutnya, pengadu merupakan seorang lelaki warga asing yang bekerja sebagai seorang tukang masak di premis berkenaan.

“Suspek bertindak masuk ke dalam kedai makan dan mengetuk semua meja menggunakan sebatang kayu dan besi yang dibawanya.

“Suspek turut memanggil pengadu dan mengugutnya untuk diam sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Mohamad Farouk, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian terus melakukan tangkapan namun berlaku pergelutan apabila suspek bertindak mengetuk bahagian hadapan bonet kereta peronda menggunakan kayu.

Katanya, punca kejadian dipercayai kerana masalah halusinasi akibat penggunaan dadah.

“Saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine. Suspek yang mempunyai lapan rekod lampau berkait dadah dan jenayah kekerasan kini direman selama empat hari sehingga Khamis,” ujarnya.

Tambah Mohamad Farouk, sebatang besi dan kayu turut dirampas semasa tangkapan suspek dibuat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan kerana mendatangkan ugutan jenayah, Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat, Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas dan Seksyen 15(1) Akta dadah Merbahaya 1952.
MG

Lelaki mengamuk di kedai makan kena cekup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong


Sebaran :

Leave a Reply