Jangan sampai ke Penang, Caprice terima 60 ugutan bunuh

Jangan sampai ke Penang, Caprice terima 60 ugutan bunuh

Penyanyi rap, Caprice mendedahkan sepanjang tempoh dua bulan kebelakangan ini, dia menerima lebih 60 ugutan bunuh.

Pemilk nama lengkap, Ariz Ramli itu berkata, bermacam-macam ugutan telah diterimanya sejak namanya menjadi hangat atas beberapa isu.



“Saya minta maaf kalau saya terpaksa meluahkan perasaan seperti ini. Dalam mada dua bulan ini, saya terima lebih 60 ugutan bunuh.

“Nak jumpa depan pintu pagar, nak turun pejabat, mak ajak jumpa, nak ugut jangan sampai ke Pulau Pinang dan macam-macam lagi,” katanya yang turut mendedahkan beberapa akaun media sosial yang menyiarkan kandungan berbaur ‘ancaman’ terhadapnya sebelum ini.

Kata Pelantun lag Lenglui itu, disebabkan ugutan-ugutan yang diterimanya, dia telah diberikan pengawasan pihak polis 24 jam sejak kembali ke tanah air sekitar seminggu lalu.

“Dah tak menyeronokkkan apatah lagi kelakar. Kita boleh buat benda ini memgikut lunas undang-undang atau sesiapa yang terlibat, kita boleh adakan perlawanan kick boxing kebajikan antara pasukan saya dan pasukan anda.



“Selesaikan dengan undang-undang atau selesaikanya di gelanggang. Saya okey sahaja tapi tinggal ugutan dan mengharapkan saya, akan bisu. Saya bukan orang macam itu.

Terdahulu, Caprice banyak menerima direct messege berbaur ugutan dalam Instagram disebabkan rasa tidak senang dengan pendekatan yang digunakan aktivis kemanusian itu lebih dua bulan berada di Mesir dan Jordan. K Online

Jangan sampai ke Penang, Caprice terima 60 ugutan bunuh


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker