Tindakan sita penjaja kacau ganggu lalu lintas dikenakan

SELAYANG – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengenakan tindakan sitaan terhadap penjaja sekitar Selayang Jaya di sini kerana menjadi penyebab kacau ganggu dan kesesakan lalu lintas.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, aktiviti perniagaan itu juga telah menyulitkan orang awam untuk meletakkan kereta di petak pakir di kawasan terbabit.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan pada Jumaat itu mendapati hanya tiga penjaja mempunyai permit manakala yang lainnya berniaga tanpa kebenaran.

“Jabatan Penguat kuasa MPS telah berkali-kali menasihati penjaja ini agar memohon permit dan tidak berniaga di kawasan tersebut tanpa kebenaran namun arahan itu gagal dipatuhi.

“Tindakan sitaan diambil kerana aktiviti itu menimbulkan kacau ganggu serta kesesakan jalan raya selain aduan berterusan daripada penduduk,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

DBKL serbu Kampung Baru

Mohamad Zin berkata, 10 peniaga telah dikenakan sitaan terhadap barang perniagaan mereka di bawah Undang-Undang 3 Penjaja (MPS) 2007.

Jelasnya, MPS memahami situasi kegawatan ketika pandemik Covid-19, namun mengingatkan peniaga untuk mematuhi undang-undang sedia ada demi kesejahteraan bersama.

“Pemantauan berterusan akan dilaksanakan dan tindakan tegas akan dikenakan kepada semua penjaja bagi memastikan kawasan perniagaan berada dalam keadaan bersih dan tidak menimbulkan kacau ganggu kepada orang ramai.

“MPS juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis makanan dan pusat hiburan yang melanggar syarat lesen dan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara,” katanya.

Tindakan sita penjaja kacau ganggu lalu lintas dikenakan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Urutan seks, DBKL tutup 4 hotel

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker