Ditipu 6 janda berlakon kaya
Ditipu 6 janda berlakon kaya.
Guna Kereta Sewa Dan Berlakon Kaya, Lelaki Ini Didakwa Tipu 6 Janda Menerusi
Ketika ini, boleh dikatakan ramai masih menggunakan aplikasi cari jodoh untuk mencari pasangan. Akan tetapi, anda seharusnya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan.
Menurut laporan, seorang lelaki berusia 28 tahun dari Garut, Jawa Barat telah ditahan polis selepas tindakannya menipu 6 orang janda dengan menggunakan aplikasi cari jodoh terbongkar.
Pelaku tersebut bernama Yandi mengambil masa sebulan untuk mendekati mangsa-mangsanya. Yandi memberikan janji manis kepada mangsa dan juga mengajak melakukan hubungan seks serta meminta wang dengan alasan perlukan modal kerja.
Difahamkan, pelaku telah menukar nama beberapa kali, bermula dengan Reski, Ferizal, Helski, Roni serta Jayadi, dan hanya mahukan harta mangsanya. Menurut Ketua Polis Semarang, Irwan Anwar berkata bahawa pelaku mengaku bekerja di sebuah syarikat minyak dan kemudian dia mendapat kereta sewa dan berpura-pura kaya.
Malah, pelaku turut meminta wang kepada mangsa dan ada juga yang menyerahkan 80 juta rupiah (RM23,300) serta wang sewa kereta itu sebenarnya diperoleh daripada mangsa. Kesemua mangsa adalah janda muda yang kaya dan Yandi yang ditangkap pada 1 September lalu didakwa dengan Artikel 378 Kanun Jenayah atas penipuan serta berdepan hukuman penjara hingga empat tahun. Vc
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Ditipu 6 janda berlakon kaya
Baca Artikel Menarik :
- Aksi ngeri pengantin bergambar di tebing curam
- Bencana Gunung Jerai akibat aktiviti khurafat dan pemujaan?
- 10 Akhlak Rasulullah s.a.w. Yang Harus Diteladani
- Cuepacs: Tommy Thomas amat jelik
- Muhyiddin memang fighter, tapi jenis manipulator
- Muhyiddin begitu terdesak – Khaled
- PM yang calonkan nama saya – Ahmad Maslan
- Pembangkang patut terima janji Ismail, letak syarat rencat reformasi
- Dana politik: Saya jadi mangsa Muhyiddin
- Nano mist spray, tak ada guna pun – Dr Izzar
- Resepi Daging Masak Merah Confirm Terliur
Layari Laman Facebook MYKMU
Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim
You must be logged in to post a comment.