Pengikut Si Hulk mohon perlindungan suaka di New Zealand

Pengikut Si Hulk mohon perlindungan suaka di New Zealand

Pengikut ajaran “Si Hulk” yang baru-baru ini diisytiharkan sebagai sesat oleh jabatan agama Islam, dilaporkan memohon perlindungan suaka di New Zealand.

Presiden Persatuan Perniagaan Malaysia New Zealand, Dave Ananth berkata beliau dimaklumkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial (MSD) negara itu bahawa kira-kira 150 pengikut ajaran itu dan ahli keluarga mereka kini berada di New Zealand.



Katanya, kumpulan itu mahu memohon perlindungan suaka atas sebab agama.

“Mereka tiba pada bulan lalu dan memohon pertolongan dan bantuan kewangan daripada MSD,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, bekas majistret di Malaysia dan kini menjadi peguam di New Zealand itu berkata, pada pandangannya, kumpulan itu tidak layak mendapat perlindungan suaka atas alasan penganiayaan agama.

“Mereka mengambil kesempatan daripada sistem,” katanya yang menambah kumpulan itu “mengeksploitasi kejujuran dan kepercayaan pihak berkuasa New Zealand”.



Katanya, mereka memerlukan bukti kukuh bagi menunjukkan berlakunya penganiayaan agama.

“Kamu tak boleh hanya datang ke sini dan berkata ‘saya mangsa penganiayaan agama’. Islam adalah agama rasmi Malaysia dan negara itu dihormati sebagai negara yang berfahaman sederhana. Saya tidak percaya berlakunya penganiayaan agama ketika agama lain bebas mengamalkan ajaran mereka dengan harmoni,” katanya.

Ananth berkata beliau berhubung dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang berhubung dengan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan polis Malaysia.

Katanya, kedatangan kumpulan itu membimbangkan pihak berkuasa Wellington yang tidak mahu program perlindungan pelarian mereka disalahguna.



Menurutnya, komuniti Islam Malaysia dan Singapura di negara itu juga bimbang dengan kehadiran kumpulan tersebut.

Katanya, kumpulan dikenali sebagai Keluarga Kiwi menghantar surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington bagi mendesak “menggunakan kuasa dalam undang-undang untuk menghalang ajaran Si Hulk”.

Pada 25 Julai lalu, jawatankuasa fatwa Perak mengisytiharkan ajaran Si Hulk yang diasaskan Suhaini Mohammad sebagai sesat.

Pada 2021, jawatankuasa fatwa Johor dan Melaka juga mengisytiharkan ajaran Si Hulk sebagai sesat, dan fahaman mereka bertentangan dengan kepercayaan Islam.



Ananth berkata beliau tidak mahu imej Malaysia di New Zealand tercemar, tambahnya tiada alasan untuk rakyat Malaysia datang ke negara itu bagi mendapatkan perlindungan suaka politik atau agama. Mk

Pengikut Si Hulk mohon perlindungan suaka di New Zealand

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen



David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker