Jenazah Tan Sri Zaman Khan Selamat Dikebumikan [VIDEO]

Jenazah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Sakinah, Bukit Kiara kira-kira jam 5.20 petang tadi.

Jenazah Alllahyarham sebelum itu disembahyangkan di Masjid Bukit Aman pada jam 3.30 petang, bagi memberi ruang kepada warga PDRM memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.



Jenazah Tan Sri Zaman Khan Selamat Dikebumikan

Allahyarham yang berusia 80 tahun meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 10.25 pagi selepas mengalami pelbagai komplikasi penyakit.

Tan Sri Zaman Khan ketika menerajui JSJ Bukit Aman sekitar penghujung 80-an dan awal 90-an cukup dikenali dengan ketegasannya dalam menjalankan tugas hingga membawa kepada penyelesaian kes berprofil tinggi.



Pada era pentadbiran beliau, beberapa kes besar yang membabitkan jenayah di negara ini adalah melibatkan usaha dan komitmennya sebagai Pengarah JSJ ketika itu.

Antaranya termasuklah kes tebusan di penjara Pudu pada tahun 1986, di mana ketika itu beliau merupakan Pengarah Keselamatan Dalaman dan Ketenteraman Awam.



Selain itu Allahyarham juga terbabit dalam melaksanakan tugasan memburu penjenayah paling ditakuti P. Kalimuthu, hingga akhirnya ditembak mati pada 29 Jun 1993.

Malah, dalam rentetan episod itu, beliau sendiri pernah menerima ugutan daripada penjenayah terbabit.

Peristiwa runtuhan kondominium Highland Towers pada tahun 1993 juga antara rakaman peristiwa yang paling diingati membabitkan beliau. Momen yang paling ikonik adalah ketika petugas media negara merakamkan detik Allahyarham memegang erat mangsa pertama yang berjaya diselamatkan, iaitu seorang bayi, pada 11 Disember tahun tersebut.-Awani



Jenazah Tan Sri Zaman Khan Selamat Dikebumikan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Taliban sedia jalin hubungan kecuali dengan Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker