Serangan seksual: Anwar diarah fail pembelaan

Serangan seksual: Anwar diarah fail pembelaan . Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Presiden PKR Anwar Ibrahim memfailkan penyataan pembelaan dalam saman yang dikemukakan oleh bekas pembantu penyelidiknya Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan berlaku serangan seksual terhadapnya di kediaman ahli politik itu tiga tahun lepas.

Peguam Mahajoth Singh, yang mewakili Muhammed Yusoff, ketika dihubungi berkata mahkamah telah mengarahkan Anwar agar memfailkan penyataan pembelaannya selewat-lewatnya 28 Sept ini.

“Mahkamah turut menetapkan 29 Okt depan sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya,” katanya selepas prosiding pengurusan kes melalui e-review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof.

Peguam Ranjit Singh, yang mewakili Anwar, ketika mengesahkan perkara itu berkata mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak agar memfailkan sebarang permohonan interlokutari sebelum 29 Okt.

Pada 14 Julai lepas, Muhammed Yusoff, 28, memfailkan saman mendakwa serangan seksual telah berlaku pada 2 Okt 2018 di kediaman Anwar, 73, di Segambut.

Plaintif mendakwa Anwar telah melakukan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya manakala dia menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan itu.

Plaintif mendakwa akibat kejadian itu, dia dituduh berkomplot untuk menjatuhkan dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin politik yang menyokong Anwar serta orang awam.

Oleh itu, dia menuntut ganti rugi khas, umum, teruk dan teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Serangan seksual: Anwar diarah fail pembelaan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Perbalahan dalaman dengan MB, Anwar tahu masalah itu 4 bulan lalu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker