Benarkan pekerja tidak divaksin bekerja
Tindakan majikan tidak membenarkan pekerjanya bekerja kerana enggan menerima vaksin Covid-19 adalah sesuatu yang tidak wajar.
Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, penggunaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP) bagi mengenakan tindakan terhadap pekerja dianggap tidak sesuai memandangkan situasi yang berbeza ketika akta tersebut digubal.
“Kalau kita lihat waktu akta itu digubal dalam keadaan situasi normal dan bukan ketika pandemik yang kita hadapi sekarang.
“MTUC berpendapat, ia akan menimbulkan konflik antara majikan dan pekerja memandangkan ketika ini tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan untuk tidak membenarkan pekerja bekerja sekiranya enggan menerima vaksin Covid-19.
Justeru, beliau menggesa agar satu perbincangan dilakukan antara MTUC, wakil majikan dan pihak kerajaan bagi mengatasi serta memperhalusi masalah tersebut.
“Saya rasa masalah pekerja yang tidak divaksin ini perlu ditangani dengan bijak dan secara berhemah.
“Kita tidak mahu nanti akan ada mana-mana pihak terkesan, apatah lagi ketika pandemik yang melanda kini,” katanya.
Pada masa sama, Mohd Effendy berharap agar pekerja mengambil vaksin demi kebaikan dan keselesaan semua pihak.
Tambahnya, pengambilan vaksin sehingga mencapai 80 peratus imuniti kelompok akan mempercepatkan pembukaan sektor ekonomi dan sosial.
Benarkan pekerja tidak divaksin bekerja
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Email Justo bakal buktikan Najib tidak bersalah
- Tolonglah KJ, kena bijak buat keputusan, tegur Peja
- Mahathir is against academic freedom – Maszlee
- Perang proksi Azmin dan Anwar makin sengit di NS
- Nourul Depp jalani pembedahan ketumbuhan pada rahim
- ‘Kalau salah, saya lawan’, Najib jawab netizen
- Tumbuk cermin masjid sebelum ditemui mati di rumah sewa
- Dua Beradik Tiri Bergaduh Dengan Orang Awam Di PPV Ditahan [VIDEO]
- Kerani curi duit syarikat RM4 juta ketika bos cuti sakit
- Senyuman manis Nur Dhabitah bikin netizen cuba jual minyak
- Resepi Bubur Pulut Hitam Durian
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.