Salun rambut jadi sarang pelacuran

7 ditahan, salun rambut jadi sarang pelacuran

Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik perniagaan salun rambut uniseks dengan penangkapan tujuh orang, termasuk tiga wanita asing dalam serbuan di Jalan Nibong Tebal, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Rahimi Ra’ais berkata, serbuan 4.30 petang oleh pasukan dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang itu mendapati premis berkenaan diubah suai di bahagian dalamnya untuk menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.



“Sindiket itu menjalankan kegiatan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan tetap sahaja dan beroperasi melalui pintu belakang bagi mengelakkan dihidu pihak berkuasa.

“Pelanggan akan dihubungi penjaga melalui aplikasi WhatsApp untuk membuat tempahan perkhidmatan itu sebelum ke premis tersebut,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata, semasa serbuan, ketiga-tiga wanita asing berumur 22 hingga 25 tahun itu leka melayan tiga pelanggan berusia 43 hingga 48 tahun di bilik berasingan di dalam premis tersebut.

Katanya, polis turut menahan tiga pelanggan dan pemilik premis itu, seorang wanita tempatan berusia 48 tahun yang dipercayai antara dalang sindiket tersebut serta penjaga wanita asing berkenaan.



Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengesan beberapa ahli sindiket itu yang dipercayai berada di sekitar negeri ini.

“Semua tujuh individu itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 372A serta Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

“Mereka juga dikenakan tindakan mengikut Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana melanggar SOP.” FMT

Salun rambut jadi sarang pelacuran




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker