Belanjawan 2022 perlu fokus tingkatkan pendapatan, gaji rakyat

Belanjawan 2022 perlu fokus tingkatkan pendapatan, gaji rakyat. Ekonomi negara akan benar-benar menunjukkan pemulihan dan perkembangan positif dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka melebihi 6 peratus pada tahun 2022 nanti. 

Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pertumbuhan positif ini semestinya akan bergantung kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Belanjawan 2022 yang akan diumumkan bulan depan, kerana segala dasar, polisi dan inisiatif akan datang daripada kedua-dua pelan ini. 

Pastinya, peniaga dan pelabur antara pihak utama yang sememangnya menunggu intipati daripada pelan berkenaan. 

“Apa yang saya lihat ialah Belanjawan 2022 akan kekal menumpukan inisiatif ke atas rakyat merangkumi pelbagai golongan seperti golongan rentan, B40 dan juga M40. 

“Belanjawan 2022 juga akan memastikan kelangsungan perniagaan dan pada masa yang sama memfokuskan kepada penjanaan sumber hasil daripada ekonomi baharu dan ekonomi sedia ada.

“Namun sudah tentu rakyat, peniaga dan pelabur mahukan juga inisiatif yang lebih bersifat mampan dan mampu memberi impak yang tinggi,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau melihat fokus utama yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dalam Belanjawan 2022 adalah mengurangkan kadar pengangguran seminimum yang boleh.

Ini kerana, jumlah penganggur di Malaysia dengan anggaran kira-kira lebih 700,000 adalah terlalu tinggi sementara lebih 200,000 graduan sedang menganggur.

“Program Jana Kerjaya yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 yang sepatutnya menyediakan 500,000 peluang pekerjaan baharu hanya mampu mewujudkan 30,000 pekerjaan baharu sahaja,” katanya.

Bukan itu sahaja, tegasnya, Belanjawan 2022 harus juga memfokuskan kepada peningkatan pendapatan dan gaji rakyat kerana pada tahun 2020, gaji purata rakyat telah jatuh kepada 9 peratus. 

Dr Ahmed Razman juga berkata, rakyat mahu melihat penambahbaikan ke atas inisiatif sedia ada seperti memansuhkan faedah terakru yang dikenakan kepada peminjam yang mengambil moratorium.

“Dan Belanjawan 2022 juga harus memfokuskan kepada memastikan jumlah perniagaan yang gulung tikar diminimunkan dengan memastikan golongan peniaga mendapat bantuan yang sewajarnya, bukan sahaja moratorium pinjaman tetapi moratorium sewa bangunan dan cukai taksiran. 

“Selain itu, ekonomi baharu seperti ekonomi digital dan agro makanan harus terus didukung dan disokong supaya rakyat mampu menjadi warga yang berkemahiran tinggi dan mampu menjana pendapatan di peringkat global,” katanya.

Belanjawan 2022 perlu fokus tingkatkan pendapatan, gaji rakyat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Belanjawan 2022 disyor tumpu ‘lebih’ sektor kesihatan, PKS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker