Belanjawan 2022 disyor tumpu ‘lebih’ sektor kesihatan, PKS

Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada 29 Oktober depan – dijangka menyaksikan peningkatan peruntukan terhadap sektor kesihatan memandangkan negara masih ‘berperang’ dengan pandemik COVID-19.

Pastinya, belanjawan akan diperuntukkan untuk membeli vaksin, menguruskan petugas barisan hadapan, pembelian ubat-ubatan dan sebagainya.

Pengerusi BERJASA Selangor, Haji Khalid Zakaria juga tidak menolak kemungkinan akan adanya peruntukan untuk penambahan hospital baharu di masa hadapan.

“Satu lagi yang boleh diperhatikan adalah mengeluarkan vaksin kita sendiri tanpa import dari pihak luar. 

“Mungkin akan ada peruntukan kepada penyelidik untuk keluarkan vaksin sendiri,” katanya dalam forum yang disiarkan secara langsung oleh BERJASA, malam ini.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya kerajaan memberi perhatian dalam sektor perniagaan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Katanya, di Malaysia hampir 70 hingga 80 peratus dikatakan masih lagi dalam kerangka PKS.

“Justeru, kerajaan perlu memperuntukkan dana yang besar untuk membantu membina semula kekuatan usahawan PKS sama ada dengan bantuan modal atau kemudahan polisi seperti pengurangan cukai, subsidi, pinjaman mudah, geran untuk memulihkan kembali perniagaan mereka,” katanya.

Khalid berkata, meskipun Malaysia berada dalam keadaan politik yang tidak berapa stabil, eksport Malaysia masih mencatatkan peningkatan.

Ini sekali gus memberikan impak positif kepada ekonomi Malaysia kerana peningkatan daripada segi ekonomi kekal ada. 

“Tapi macam mana kerajaan nak uruskan persepsi ekonomi kepada masyarakat dan seluruh dunia. Bagaimana nak menarik pelabur asing ke Malaysia? Ini yang perlu difikirkan.

“Salah satunya dengan membuka kilang kilang baru. Seperti baru-baru ini diumumkan Microsoft akan menubuhkan pusat data serantau yang pertama di Malaysia. 

“Ini secara tak langsung akan meningkatkan pendapatan masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan mesti menunjukkan kepada dunia bahawa negara stabil dari segi politik, walaupun ada situasi seperti Parlimen tidak dibuka. 

“Mungkin projek berskala besar yang boleh difikirkan oleh Malaysia untuk meningkatkan ekonomi masyarakat, contoh membuka pejabat syarikat besar di Malaysia. 

“Walaupun kos untuk beroperasi di Malaysia agak tinggi berbanding negara negara Asia Tenggara yang lain, masyarakat dunia masih lagi melihat Malaysia sebagai pasaran yang subur,” katanya.

Difahamkan, Belanjawan 2022 dirangka berdasarkan tiga keperluan utama dan turut mengambil kira jangkaan situasi ekonomi yang akan pulih daripada kesan pandemik pada tahun hadapan.

Belanjawan juga akan disejajarkan bersama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang bakal dibentangkan di Parlimen bulan ini.

Belanjawan 2022 disyor tumpu ‘lebih’ sektor kesihatan, PKS


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM harap pemberian BKC ringankan beban rakyat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker