Zarina mahu kahwinkan Azal Azrai, ramai tidak setuju

SEBENARNYA, apabila pelakon, Zarina Zainuddin menyuarakan hasratnya untuk melihat anaknya, Azal Azrai berkahwin, ada dua pendapat bercanggah yang dilontarkan oleh pelbagai pihak.

Satu pihak bersetuju dan satu pihak lagi tidak berapa bersetuju. Cik Bunga adalah antara kalangan yang tidak berapa setuju dengan Zarina. Bukan kerana tidak suka melihat kebahagiaan orang atau menolak hak manusiawi.

Tetapi, apabila terbaca komen seorang pakar dalam bidang berkaitan ASD atau gangguan spektrum autisme baru-baru ini di media sosial, ia memberi satu gambaran lain di sebalik mulianya impian seorang ibu seperti Zarina yang inginkan anak autismenya itu mendirikan rumah tangga, mencipta bahagia bersama wanita pilihannya.



Seperti yang Cik Bunga katakan, bukan hendak menafikan hak Azal sebagai lelaki untuk mempunyai pasangan hidup, tetapi bak kata pakar tersebut, jika perkahwinan itu berlaku, tiada jaminan bahawa Azal mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami mahupun seorang bapa.

Ini kerana, anak Zarina dikatakan mempunyai beberapa bukti nyata yang terarah kepada kelemahan dan kekurangannya untuk menggalas satu tanggungjawab besar.

Dalam beberapa komen orang ramai, Cik Bunga turut bersetuju dengan kenyataan bahawa, yang berakal dan sihat fizikal dan mental pun adakalanya tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami atau isteri dengan baik.

Jadi, apatah lagi jika Zarina membenarkan perkahwinan anaknya itu berlaku. Betul, keadaan Azal berbeza dengan Azil, kembarnya. Namun, masih banyak lompong yang tidak meyakinkan mampu terjadi jika benar Azal diberi peranan untuk menjadi suami orang.



Pada masa sama, Cik Bunga juga memahami hajat besar seorang ibu seperti Zarina. Cik Bunga tak setuju juga jika ada yang mengandaikan dia seakan sudah tidak sabar untuk lepas tangan dan membiarkan urusan menjaga anak itu disambung wanita lain, iaitu sesiapa sahaja yang bakal jadi isteri Azal.

Di mata Zarina, anaknya, walaupun autisme, mereka tetap permata hati yang tiada galang ganti. Dia cuma seorang ibu dan setiap ibu ingin melihat anak-anaknya bahagia dan berjaya.

Jadi, usah terlalu menghentam Zarina dan katakan ‘ini bukan macam filem My Name is Khan. Mungkin isu ini boleh dikupas lagi. Ayuh, kita bincangkan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker