Jenazah Tiga Beranak Lemas Berpelukan Selamat Dikebumi Dalam Satu Liang

Jenazah Tiga Beranak Lemas Berpelukan Selamat Dikebumi Dalam Satu Liang

ALOR SETAR: Jenazah tiga beranak yang lemas di Sungai Muda berhampiran Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani- Baling selamat dikebumikan jam 5.45 petang tadi dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Masjid Az-Zaitun, hari ini.

Sebaik selesai bedah siasat dan dikafankan di Hospital Kulim, jenazah Masyitoh Ibrahim, 37, dan dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, dibawa ke rumah pusaka peninggalan ibu dan ayahnya di Kampung Paya Kerchut, Bukit Pinang pada jam 4.05 petang.

Masyitoh bersama dua anaknya ditemukan lemas selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam sungai di Jambatan Datuk Syed Omar.
Jenazah tiga beranak itu kemudian disolatkan di masjid Masjid Az-Zaitun sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Kelihatan bapa dua kanak-kanak itu, Sharudin Aziz, 51, dan anak sulungnya, Muhammad Ziyad Hadif, 10, tidak dapat menahan sebak. – Foto BERNAMA
Suasana bertukar pilu sebaik jenazah tiga beranak itu diturunkan ke dalam liang.

Kelihatan bapa dua kanak-kanak itu, Sharudin Aziz, 51, dan anak sulungnya, Muhammad Ziyad Hadif, 10, tidak dapat menahan sebak.

Pengebumian dihadiri hampir 200 orang termasuk ahli keluarga dan rakan sekolah Masyitoh.

Bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk menaikkan kereta mangsa yang terbabas dan terjunam ke dalam sungai, dengan menggunakan kren

Dalam kejadian jam 6.30 petang Sabtu, kereta Proton Persona yang dipandu Masyitoh hilang kawalan terbabas lalu terjunam ke dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling.-AA

Jenazah Tiga Beranak Lemas Berpelukan Selamat Dikebumi Dalam Satu Liang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker