Model Wanita Nyaris Maut Diserang Singa

Model Wanita Nyaris Maut Diserang Singa

Berlin: Seorang model nyaris maut selepas dia diserang singa ketika menjalani penggambaran di Burgenland, di timur Jerman.

Wanita terbabit yang dianggap sebagai pencinta haiwan itu mengalami kecederaan parah di kepala.

Lokasi kejadian adalah kawasan yang menempatkan dua ekor singa iaitu Troy dan Paris.

Polis berkata, mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pihak berkuasa Burgenland berkata, tiada sebarang masalah terhadap hidupan liar di kawasan berkenaan.

Namun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian itu berlaku.

Dalam pada itu, akhbar tabloid Jerman melaporkan mangsa adalah Jessica Leidolph, 36.

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan jenis penggambaran yang dilakukan mangsa dan pihak yang bertanggungjawab.

Menurut laman web rasminya, Leidolph memiliki kuda, kucing, merpati dan burung kakak tua.

Pemilik kawasan hidupan liar itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung kejadian.

Troy dan Paris sebelum ini juga pernah terbabit dengan penggambaran iklan komersial untuk sebuah jenama televisyen.

Pihak berkuasa daerah memaklumkan, keadaan kesihatan dan tingkah laku haiwan itu sudah diperiksa pihak keselamatan lokasi itu bulan ini.

Sementara itu, kumpulan hak haiwan, Peta berkata, haiwan itu tidak sepatutnya dieksploitasi untuk keuntungan komersial.-Metro

Model Wanita Nyaris Maut Diserang Singa


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Speaker nafi tolak 15 usul untuk beliau kosongkan jawatannya

Mohon berikan bantuan sama rata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker