Kantoi ‘tinggal’ setahun di pusat beli belah

Kantoi ‘tinggal’ setahun di pusat beli belah

Seorang lelaki berkongsi pengalamannya tinggal secara percuma selama setahun di dalam ruang sempit sebuah pusat beli belah di Amerika Syarikat.

Michael Townsend berjaya menyelinap masuk ke satu ruangan kecil yang tersorok daripada pandangan kakitangan dan pengunjung pusat beli belah berkenaan.

Bagaimanapun, rahsia yang disimpan rapi selama setahun terbongkar selepas terserempak pengawal keselamatan yang menjalankan rondaan.

Townsend berkata, tindakan itu terpaksa dibuat kerana dalam keadaan terdesak selepas dihalau dari rumahnya.

Ketika sedang berusaha mencari kediaman baharu, dia terbaca iklan di sebuah pusat beli belah yang terdapat sebuah bilik kosong di premis berkenaan.

Dia kemudiannya membuat keputusan untuk tumpang tidur di premis berkenaan namun dalam masa sama menghias ruang menjadi sebuah bilik yang dilengkapi perabot.

Malah, lelaki itu turut mempelawa rakannya untuk menetap bersama di premis berkenaan.

Kisah pada 1999 itu dikongsi Townsend dalam satu wawancara bersama Daily Star, baru-baru ini.

Townsend juga memaklumkan dia sebenarnya hanya bercadang untuk tinggal selama seminggu namun tidak menyangka berlanjutan sehingga setahun.

Berkongsi lanjut menerusi laman webnya, lelaki itu berkata, dia teringat satu iklan yang mencadangkan bagaimana sekiranya sebuah pusat beli belah boleh dijadikan kediaman.

“Tema utama iklan itu adalah pusat beli belah bukan hanya untuk golongan kaya menghabiskan wang malah ia boleh digunakan mereka yang terdesak bagi meneruskan kehidupan,” katanya. HM

Kantoi ‘tinggal’ setahun di pusat beli belah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker