Dana asing: Gugat kepercayaan rakyat terhadap sistem politik

Dana asing: Gugat kepercayaan rakyat terhadap sistem politik. Kerajaan digesa memberi penjelasan berhubung dakwaan terdapat pemimpin politik negara ini menerima bantuan dan sokongan moral dari organisasi luar negara – terutama Amerika Syarikat (AS) – dalam mengukuhkan kedudukan karier politik mereka.

Ini kerana pendedahan dibuat bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd Salleh Ismail bukan sahaja menimbulkan kesangsian rakyat terhadap ahli politik, bahkan memberi kesan kepada keselamatan dan kedaulatan negara.

Memetik laporan Mingguan Malaysia, Mohd Salleh berkata, intipan mendapati pemimpin-pemimpin politik berkenaan turut melakukan pertemuan dengan individu berpengaruh di luar negara.



Menurutnya, hasil risikan mendapati pemimpin tersebut ‘sangat diminati’ pihak luar untuk meneruskan kedudukan dan kekuatan mereka dalam politik.

Berikutan itu, Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Haji Zamani Ibrahim menegaskan, seorang ahli politik yang berintegriti sepatutnya tidak perlu menerima dana asing yang cuba mempengaruhi politik negara ini.

“Sudah pasti dana yang diberikan ada maksud dan agenda yang tersendiri. Kerajaan hendaklah segera menjalankan siasatan sama ada apakah telah dan berlangsung terlalu lama ancaman yang berlaku terhadap kedaulatan negara. Perbuatan khianat kepada negara mesti dibawa ke muka pengadilan.

Angkara khianat, surau dikotori najis, kitab suci dikoyak



“Negara kita sudah mempunyai Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan juga Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, akta ini mesti dikuatkuasakan supaya dapat menjaga integriti setiap ahli politik serta parti mereka.

“Saya percaya jika wujud akta yang lebih ketat, secara tidak langsung akan menutup ruang dan peluang kepada golongan tertentu yang cuba menggugat keamanan negara dan kedaulatan watan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau juga yakin rakyat tertanya mengenai pihak yang memberi dana dan bagaimana dana tersebut disalurkan serta siapa penerimanya.



“Isu pembiayaan politik ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Ianya bukan sahaja melibatkan isu politik dan wang, tetapi juga kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem politik yang bersih dan tidak dipengaruhi oleh agenda asing.

“Kita berharap pemerkasaan akta akan berlaku dan ketegasan pihak kerajaan dalam mengendali isu ini hendaklah menampakkan bahawa pihak kerajaan amat serius dalam menjaga kedaulatan negara,” katanya.

Selain itu, Ustaz Zamani menggesa laporan akaun setiap parti dipantau oleh pihak berwajib supaya tiada penyalahgunaan wang dan bukti ketelusan serta integriti ahli politik.

“BERJASA adalah parti yang mahu membina semula negara ini, parti yang terikat dengan kapitalis dan parti ‘warlord’ adalah parti yang tidak layak untuk menggalas agenda membina semula negara,” tegasnya.



Dana asing: Gugat kepercayaan rakyat terhadap sistem politik


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


PKR, DAP terima dana asing NED?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker