Warga emas rugi RM 418,000 ditipu sindiket

Warga emas rugi RM 418,000 ditipu sindiket. Seorang wanita warga emas berumur lingkungan 60an mengalami kerugian RM418,000 setelah dipercayai ditipu sindiket Macau scam yang mendakwa mangsa membuat tuntutan insurans daripada syarikatnya di Bachok, Kelantan pada awal Julai lalu.

Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa yang juga pesara kerajaan pada pada 30 Ogos 2021.

Menurut Shafien, awal kejadian bermula apabila mangsa telah menerima panggilan kononnya daripada syarikat insurans yang menyatakan tuntutan insurans yang dibuat mangsa berjumlah RM48,000 telah diluluskan.

“Mangsa yang menafikan pernah membuat tuntutan dan memiliki akaun bank tersebut kemudiannya telah dipindahkan panggilan kepada seseorang yang menyamar sebagai anggota polis.

“Penyamar tersebut kemudiannya membuat semakan identiti mangsa seperti nombor akaun, nombor kad ATM serta baki akaun.

“Panggilan mangsa kemudiannya telah disambung pula kepada pegawai atasan yang mendakwa terdapat waran tangkap ke atas mangsa kerana terlibat di dalam satu kes jenayah pengubahan wang haram bernilai RM2.18 juta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, mangsa diarahkan memindah semua wang yang dimiliki daripada akaun bank mangsa yang dibuka di cawangan Kota Bharu.

“Mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah ke cawangan bank bagi memeriksa baki akaun pada pagi 30 Ogos dan mendapati wang sebanyak RM418,000 telah dipindahkan ke akaun bank milik pihak ketiga tanpa pengetahuan dan kebenaran mangsa sebelum bergegas membuat laporan polis.

“Kes kini dalam siasatan polis kerana kesalahan menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun dan dengan sebatan serta boleh dikenakan denda,” katanya.

Mengulas lanjut Shafien berkata, kegiatan jenayah telekomunikasi seperti Macau scam telah mendapat liputan yang meluas di media sosial tetapi masih ada mangsa terpedaya melibatkan pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Hal ini disebabkan taktik yang digunakan suspek sentiasa bertukar seperti sebelum ini kerap mengamar sebagai pegawai mahkamah, pihak polis dan terkini pegawai insurans.

Katanya, antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan diri tidak menjadi mangsa kepada kes ini ialah:

“Memuat turun secara percuma aplikasi telefon pintar “check scammers CCID” untuk membuat semakan nombor akaun bank dan nombor talian telefon yang digunakan sama ada pernah terlibat dalam kes-kes jenayah komersial.

“Jangan mudah percaya dan mengikut arahan yang diperintahkan oleh individu yang tidak dikenali terutama individu yang tidak pernah berjumpa dan hanya berhubung secara maya.

“Tidak mendedahkan maklumat peribadi dan kewangan melalui telefon atau media sosial kepada individu yang tidak dikenali dan juga laman sesawang serta aplikasi telefon pintar yang meragukan.

“Membuat semakan secara terus dengan balai polis atau ibu pejabat polis daerah yang berhampiran berkenaan dengan panggilan telefon yang diterima.

“Menghubungi ‘CCID Scam Response Centre’ di talian 03-26101559 dan 03-26101599 yang telah ditubuhkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman untuk membuat pertanyaan jenayah tipu panggilan atau lain-lain jenayah penipuan siber,” jelasnya.

Warga emas rugi RM 418,000 ditipu sindiket


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dulu dihalau, kini jadi tauke nasi lemak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker