KPLB, Keda bantu mangsa bencana di Kedah

KPLB, Keda bantu mangsa bencana di Kedah. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengkoordinasikan Bahagian Kesejahteraan Rakyat dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana di Yan dan Kuala Muda, Kedah.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia bagi meringankan beban perlu ditanggung oleh penduduk yang terjejas akibat bencana tersebut.

Menurut beliau, sebagaimana pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, KPLB menyediakan peruntukan sehingga RM3 juta bagi tujuan membaiki rumah mangsa bencana.

“KPLB amat memahami kesukaran dihadapi oleh penduduk di Yan dan Sik, Kedah yang terjejas akibat bencana kepala air baru-baru ini.

“Bencana ini mengorbankan seramai lima mangsa dan kejadian begitu pantas akibat jumlah taburan hujan yang banyak di kawasan tersebut,” katanya selepas Majlis Serah Tugas Menteri Pembangunan Luar Bandar, pada Rabu.

Tambah Mahdzir, sehingga kini KPLB telah membuat penilaian kerosakan melibatkan 40 buah rumah dengan anggaran kos pembaikan sebanyak RM550,000.

Kata beliau, usaha mengenalpasti kerosakan dan keperluan pembaikan rumah mangsa yang lain sedang giat dilaksanakan.

Menurut beliau, Keda telah menyalurkan peruntukan seperti sumbangan kewangan kepada Kerajaan Negeri Kedah berjumlah RM10,000.

“Selain itu, Bantuan Skuad Prihatin Keda (Sukarelawan) seramai 100 orang telah turun dua kali bagi membantu aktiviti pembersihan rumah yang terlibat dalam bencana tersebut.

“Akhir sekali, peruntukan berjumlah RM100,000 untuk bantuan barangan dan peralatan keperluan (siasatan sedang dilaksanakan),” kata beliau.

Menurut Mahdzir, KPLB akan memastikan peruntukan itu digunakan untuk meringankan beban kepada penduduk terlibat serta mengucapkan takziah kepada mangsa yang kehilangan ahli keluarga akibat bencana tersebut.

KPLB, Keda bantu mangsa bencana di Kedah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dulu dihalau, kini jadi tauke nasi lemak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker