Aset Ketenteraan AS Dinyah Fungsi Ditinggalkan Di Afghanistan

Aset Ketenteraan AS Dinyah Fungsi Ditinggalkan Di Afghanistan

KABUL – Tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalkan beberapa aset ketenteraannya di lapangan terbang Kabul selepas pesawat terakhirnya meninggalkan Afghanistan kelmarin, lapor akhbar India Today semalam.

Komando Pusat AS, Jeneral Kenneth F. McKenzie Jr. berkata, aset ketenteraan termasuk kereta kebal dan pesawat itu bagaimanapun telah dinyah fungsi dan tidak dapat digunakan tentera Taliban.

Aset-aset tersebut termasuk sistem pertahanan roket Counter, artileri serta Mortar (C-RAM) yang dikerahkan untuk melindungi lapangan terbang.

Sistem pertahanan peluru berpandu itu menghalang serangan roket yang menyasarkan lapangan terbang Kabul kelmarin.

Selain itu, sebanyak 73 buah pesawat turut ditinggalkan serta 27 buah Kenderaan Beroda Serbaguna Bergerak Tinggi (Humvee).

“Ia merupakan prosedur rumit dan memerlukan masa yang mencukupi untuk memusnahkan sistem tersebut. Oleh itu, kami menyah fungsikan sistem tersebut supaya ia tidak lagi boleh digunakan.

“Pesawat-pesawat itu juga tidak akan diterbangkan lagi selepas kami meninggalkan Afghanistan dan tidak dapat dikendalikan oleh sesiapa pun,” kata McKenzie.

Sebelum itu, kumpulan Taliban meraikan kemenangan mereka apabila pesawat terakhir AS meninggalkan Afghanistan selepas tarikh akhir yang diberikan iaitu pada 31 Ogos, sekali gus menamatkan perang paling panjang dalam sejarah AS. – AGENSI / India Today

Aset Ketenteraan AS Dinyah Fungsi Ditinggalkan Di Afghanistan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker