Lapangan terbang Kabul jadi sasaran serangan roket

Lapangan terbang Kabul jadi sasaran serangan roket

KABUL: Lapangan terbang Kabul pada Isnin menjadi sasaran serangan roket, ketika pasukan tentera pimpinan Amerika Syarikat (AS) sedang dalam proses berundur dari Afghanistan, kata saksi.

“Lima roket yang dipasang pada sebuah kereta itu dibedil dari Khair Khana Minia, tetapi dapat dipintas sistem peluru berpandu AS,” kata saksi Sayyad Mohammad kepada Xinhua.



Belum ada laporan mengenai korban.

Laporan media memetik kenyataan Rumah Putih, Presiden Joe Biden sudah diberikan taklimat mengenai serangan roket itu, dan bahawa operasi di lapangan terbang Kabul masih diteruskan.

Taliban belum mengesahkan kejadian itu setakat ini.

Penerbangan membawa keluar tentera AS kini di fasa akhir dan dijangka selesai pada Selasa.

Pada Khamis, sekurang-kurangnya 170 warga Afghanistan dan 13 tentera AS terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam insiden letupan di pintu masuk sebelah timur lapangan terbang, ketika orang ramai menunggu untuk dipindahkan.



ISIS-K, sekutu Daesh di Afghanistan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Pada Ahad, sekurang-kurangnya enam orang awam dan seorang yang disyaki militan ISIS-K terbunuh dalam serangan dron AS di sebuah kawasan di sebelah barat lapangan terbang.

–BERNAMA

Lapangan terbang Kabul jadi sasaran serangan roket




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker