Gara-Gara YouTube, Cucu Bakar Rumah Nenek Sebab Nak Tengok Bomba Datang
Gara-Gara YouTube, Cucu Bakar Rumah Nenek Sebab Nak Tengok Bomba Datang
Bahaya betul anak-anak zaman sekarang ini. Sudahlah terdedah kepada gadjet seawal usia dua tahun, diajar pula menonton YouTube oleh majoriti ibu bapa moden yang sibuk bekerja atau malas jaga anak.
Alasannya mudah, biarlah si anak tengok YouTube, nanti dia boleh jadi ralit dan yang penting si anak akan diam dan tak kacau ibu bapa yang tak pernah berhenti dengan komitmen masing-masing.
Akhirnya, si anak hari ini jadi terlampau bijak mengatasi usia dan fikiran mereka seolah-olah bergelojak mahu menerokai dunia baharu berdasarkan apa yang ditontonnya setiap hari.
Baru-baru ini terjadi satu kes yang sangat mengejutkan berpunca daripada YouTube ini. Rumah seorang nenek di bahagian atas terbakar gara-gara cucu yang bermain api.
Pada sangkaan awal, semua berpendapatan ia berkemungkinan datang daripada masalah litar pintas namun setelah punca sebenar ditemui, kisahnya sungguh tak masuk akal.
Sang cucu sanggup mencari pemetik api dan membakar salah satu bahagian di rumah nenek hanya kerana mahu melihat bomba sampai ke kediaman neneknya bagi memadam api.
Apabila ditanya kenapa dia berbuat demikian, jawapannya mudah iaitu kerana menonton aksi tersebut dari YouTube dan nasi sudah menjadi bubur, semua terpaksa berpindah.
Pengajaran daripada cerita ini, teruskanlah hidangkan anak-anak yang senang membesar itu dengan gadjet, media sosial dan video-video tanpa tapisan.
Sedangkan video Upin Ipin, Opah serta Kak Ros disunting menjadi seksi, Mei Mei mengandung hasil anak dengan Mail, ini semua racun yang boleh merosakkan minda anak-anak pada hari ini.
Ini belum lagi termasuk dengan karakter permainan video Among Us yang dibikin semula dengan karakter orang dewasa berpunggung dan berpayu dara besar, jelas media sosial satu ancaman.
Kepada ibu bapa moden, tak payah nak berlagak moden sangat kalau gagal nak kawal apa yang ditonton anak-anak. Rajin-rajin semak bahagian history video yang sudah ditonton, takut terlayan video lucah. SM
Gara-Gara YouTube, Cucu Bakar Rumah Nenek Sebab Nak Tengok Bomba Datang
Baca Artikel Menarik :
- Suspek sorok mayat mangsa rogol, liwat direman seminggu
- Serangan Bom: Dua rakyat Malaysia Didakwa Di Teluk Guantanamo
- Perkenalkan Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti – Azalina
- Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib
- Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan [VIDEO]
- Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia
- Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul
- Dafi tak mahu rakyat stress, rela dimarahi
- Bekas PA dedah kisah cinta terhalang dengan Vida
- “Ikut Tingkap Ke? Malunya” – Ayda Jebat Dikecam Pilih Bersalin Secara Pembedahan#
- Mereka hendak bunuh karier politik saya
Layari Laman Facebook MYKMU
Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun
You must be logged in to post a comment.