TMJ titah MB, Pengarah Kesihatan Johor menghadap



TMJ titah MB, Pengarah Kesihatan Johor menghadap

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim menitahkan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad dan Pengarah Kesihatan negeri itu untuk menghadap baginda, hari ini.

Dalam hantaran dimuat naik di Facebook rasmi, Tunku Ismail bertitah, pertemuan itu bagi membincangkan isu kekurangan vaksin dan masalah berbangkit yang berkaitan.

“Saya telah menitahkan Datuk Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu menghadap esok (hari ini).

“Saya juga akan berhubung dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, mengenai satu laporan yang saya terima berkait kekurangan vaksin dan pembatalan janji temu untuk vaksinasi.




“Saya akan bangkitkan mengenai isu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Educity di Iskandar Puteri dan program vaksinasi untuk pekerja kilang pada mesyuarat esok (hari ini),” titah baginda.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengarahkan supaya kadar vaksinasi di enam negeri ditingkatkan melebihi 50 peratus menjelang hujung bulan depan.

Negeri berkenaan itu ialah Terengganu, Perak, Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah yang masih mencatatkan kadar pemberian vaksin di bawah 50 peratus, setakat ini.

Untuk rekod, hanya 46.1 peratus penduduk Johor sudah menerima vaksinasi lengkap, manakala 76.3 peratus penduduk menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, semalam. HM

TMJ titah MB, Pengarah Kesihatan Johor menghadap





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun



Leave a Reply

Your email address will not be published.