Ambil Masa Untuk Pulih Paru-Paru Abang Siti Sarah Rosak Akibat Covid-19

Ambil Masa Untuk Pulih Paru-Paru Abang Siti Sarah Rosak Akibat Covid-19

KEADAAN kesihatan abang kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin semakin baik selepas hampir sebulan bertarung nyawa melawan virus Covid-19.

Berkongsi perkembangan terkini, Ahmad Firdous berkata jangkitan tersebut menyebabkan bahagian paru-parunya rosak dan memerlukan masa untuk pulih seperti sedia kala.



“Ramai yang nak tahu keadaan sebenar saya. Maaf saya tak dapat nak nak balas satu-satu. Allah yang maha besar dan saya bersyukur dengan apa yang berlaku.

“Paru-paru kanan saya rosak, paru-paru kiri saya kena sikit di bahagian belakang… tapi Alhamdulillah saya boleh pulih InsyaAllah dengan izin allah.

“Ambil masa mungkin tiga hingga empat bulan. InsyaAllah! Saya pakai oksigen pun dah dikurangkan daripada sembilan ke lapan peratus



Tiada perkataan selain Alhamdulillah (cuma) masih sesak nafas bila bangun pagi. Mula antibiotik baru lawan virus degil,” katanya.

Ahmad Firdous memaklumkan mengenai perkembangan tahap kesihatannya itu menerusi laman Facebook

Menerusi laporan mStar pada 12 Ogos lalu, pelawak Shuib memaklumkan Ahmad Firdous menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Serdang selepas kesihatan abang iparnya itu dilaporkan berada dalam keadaan tidak baik.

Ahmad Firdous terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan akibat paras oksigen menurun, namun kembali sedar selepas 24 jam ditidurkan.



Dalam pada itu, Ahmad Firdous turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa bertanya khabar dan mendoakan kesihatannya.

“Jadi rakan-rakan ini info terkini saya, maaf tak dapat balas satu-satu. Ada kala saya sihat, ada kala saya kurang tenaga.

“Terima kasih semua yang mendoakan saya, perjuangan harus diteruskan. Doakan saya sembuh, sentiasa fikiran positif. Terima kasih doktor dan jururawat yang merawat saya,” ujarnya.



Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi berpunca Covid-19 pada 9 Ogos lalu selepas tiga hari ditidurkan.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)-mSTAR

Ambil Masa Untuk Pulih Paru-Paru Abang Siti Sarah Rosak Akibat Covid-19


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker