Lelaki Muslim sakit mental maut dipukul ambil pisang kuil di India

Lelaki Muslim sakit mental maut dipukul ambil pisang kuil di India

SEORANG lelaki Muslim di India maut selepas dipukul dengan kejam oleh sekumpulan pelampau Hindu yang menuduh mangsa mencuri ‘prasad’ atau persembahan keagamaan, dalam satu kejadian di Sundar Nagri, New Delhi, Selasa lepas.

Lelaki itu yang juga orang kurang upaya mental, Mohammad Ishaq, 22, diikat pada tiang besi sebelum dipukul tanpa belas kasihan oleh kumpulan pelampau berkenaan yang menuduhnya mencuri pisang yang dijadikan sebagai ‘persembahan keagamaan’.



Kejadian berlaku ketika acara doa yang dianjurkan oleh penduduk setempat yang menyambut festival Ganesh Chaturthi.

Acara itu diadakan selang tiga lorong dari rumah Ishaq di kawasan Sunder Nagri di ibu negara India.

Kakak Ishaq, Uzma berkata, adiknya dibunuh “kerana mengambil pisang” dan kumpulan pelampau itu meninggalkannya terikat pada tiang selepas serangan kejam itu.

“Kukunya patah, ada yang dicabut dan jarinya terhiris. Dia dipukul dengan kejam kerana dia seorang Islam. Dia tidak boleh bercakap dan keadaannya kritikal,” katanya.



Uzma berkata, Ishaq ditemui terbaring di atas jalan oleh seorang budak lelaki dari kawasan perumahan mereka yang mengambilnya dan membawanya pulang.

Dia meninggal dunia akibat kecederaannya beberapa jam kemudian di rumahnya.

“Saya telah kehilangan segalanya. Anak saya dibunuh kerana dia makan prasad,” kata bapa Ishaq, Abdul Wajid, 60 tahun.

“Mereka yang membunuh anak saya merasa tersinggung bahawa seorang Muslim menyentuh prasad mereka.”



Wajid, yang menjual sayur-sayuran dalam kereta tolak berkata, pelanggan Hindunya sering memberikannya prasad dan dia menerimanya tanpa berfikir panjang.

“Prasad adalah hadiah dari bhagwan atau tuhan. Saya tidak menolaknya,” katanya.

Dalam pada itu, polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas Ishaq meninggal dunia.

Ketika video serangan itu tular di media sosial, orang ramai menuntut tindakan oleh polis, yang mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh dan menahan enam orang.



“Siasatan awal mendapati sekumpulan lelaki menahan mangsa kerana mengesyaki dia seorang pencuri dan kemudian mereka mengikat dan memukulnya,” kata pegawai polis di kawasan itu Joy N Tirkey, dalam satu kenyataan video.

Menurut jiran mangsa, Ishaq mengalami masalah mental.

“Dia adalah seorang budak yang sederhana dan tidak mendatangkan bahaya kepada sesiapa pun,” kata pemandu teksi motosikal Mohammad Saleem, yang tinggal di lorong yang sama, kepada Al Jazeera.

Katanya Ishaq akan membantu semua orang di lorong itu membawa beban mereka. “Dia adalah budak yang baik. Dia tidak pernah berkata tidak. Kami akan membayarnya 20 atau 50 rupee untuk pekerjaan itu.”



Sementara itu, Wajid mahu keadilan bagi pembunuhan satu-satunya anak lelakinya.

“Kami setakat ini berpuas hati dengan tindakan polis tetapi kami ingin orang yang membunuh anak saya mendapat nasib yang sama,” katanya.

Serangan dan pembunuhan beramai-ramai, terutamanya terhadap orang Islam, telah meningkat di India sejak Parti Bharatiya Janata (BJP) berhaluan kanan Perdana Menteri Narendra Modi berkuasa pada tahun 2014. Kerajaan menafikan tuduhan ini.

Puluhan orang Islam telah dibunuh atau diserang oleh kumpulan pelampau Hindu atas dakwaan membunuh lembu, yang penyembelihan dagingnya dilarang di kebanyakan negeri India kerana kebanyakan penganut Hindu menganggap lembu itu suci.



Lelaki Muslim sakit mental maut dipukul ambil pisang kuil di India

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

Pentas akhir AGT: Putri Ariani hanya dapat tempat ke-4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker