20 Tahun Tinggal Sendirian Dalam Gua Lelaki Ini Dapatkan Sendiri Minta Divaksin

Sebaran :

20 Tahun Tinggal Sendirian Dalam Gua Lelaki Ini Dapatkan Sendiri Minta Divaksin

PIROT, SERBIA – Hampir 20 tahun yang lalu, Panta Petrovic mula mengamalkan gaya hidup jarak sosial apabila beliau pindah ke sebuah gua kecil di gunung Serbia untuk menjauhkan diri daripada masyarakat.

Panta Pertrovic, 70, mendapat tahu mengenai wabak tersebut daripada satu lawatannya ke pekan pada tahun lepas.

“Virus itu tidak memilih mangsa. Ia akan datang ke sini, ke gua saya juga,” katanya.

Tambah Pertrovic, dia tidak memahami mengapa terdapat sebilangan individu yang mempunyai pandangan skeptikal mengenai virus Covid-19.

“Saya ingin dapatkan kesemua tiga dos termasuk dos tambahan. Saya juga ingin menggalakkan setiap penduduk agar mendapatkan vaksinasi mereka,” ujarnya.

Pertrovic pada 20 tahun lepas berpindah ke sebuah gua kecil di sebuah kawasan pergunungan untuk mengelak daripada berhubungan dengan masyarakat.

Gua di mana Petrovic menetap hanya dapat diakses setelah pendakian curam yang mencabar.

Ia dilengkapi dengan tab mandi usang yang digunakannya sebagai tandas, beberapa bangku dan jerami yang berfungsi sebagai alas tidurnya.

Petrovic berasal dari bandar Pirot berdekatan di mana beliau pernah bekerja sebagai buruh di pasar gelap, seperti yang dilakukannya di luar negara selama beberapa waktu. Beliau pernah menikah beberapa kali, dalam kehidupan yang disifatkannya sebagai “sibuk”.

Dia yang pernah bekerja sebagai seorang buruh mengambil membuat keputusan untuk menjadi seorang pertapa di dalam gua kerana mahu hidup bersendirian.

“Saya tidak bebas di bandar. Kebiasaannya, terdapat seseorang yang akan mengganggu anda, sama ada anda bertengkar dengan isteri, jiran atau polis.

“Di sini, tiada sesiapa yang mengganggu saya,” jelasnya.

‘Rumah’ Pertrovic hanya boleh diakses menerusi pendakian curam. Rakan-rakannya terdiri daripada ayam, kucing, anjing dan babi hutan.

Makanan rujinya pula adalah cendawan dan ikan yang ditangkap dari sebatang anak sungai berdekatan selain dia turut pergi ke pekan sesekali untuk mencari sisa makanan dari tong sampah.

Seorang pencinta alam sejak dahulu lagi, beliau secara beransur-ansur mendapati bahawa memencilkan diri dari masyarakat memberinya rasa bebas yang tidak pernah dirasakan sebelumnya.

“Di sini, tiada sesiapa yang mengganggu saya,” kata lelaki itu sambil tersengih, menampakkan giginya yang reput.

‘WANG ITU MEROSAKKAN DIRI’

Petrovic secara amnya makan cendawan dan ikan dari mata air berhampiran, namun kadang kalanya ke bandar untuk mencari sisa makanan di dalam tong sampah.

Kunjungannya ke bandar pula makin kerap sejak kebelakangan ini.

Setelah beberapa haiwan yang dipeliharanya dekat dengan gua itu dibaham serigala baru-baru ini, Petrovic memutuskan untuk memindahkan haiwan-haiwan itu ke sebuah pondok yang dibinanya di pinggir bandar yang lebih selamat.

Haiwan-haiwan yang dipelihara termasuk beberapa ekor kambing, ayam dan sekitar 30 anjing dan kucing serta kegemarannya – seekor babi hutan bernama Mara.

Petrovic mendapat agihan kebajikan pemerintah, namun bergantung pada derma bagi makanan dan bekalan untuk haiwan-haiwannya.

Setelah vaksin COVID-19 ditawarkan, beliau tidak berlengah untuk mendapatkan suntikan.

Katanya, beliau “tidak faham kekecohan” yang diutarakan sebilangan pihak yang sangsi terhadap vaksin tersebut. Tegasnya, beliau yakin pada proses yang bertujuan untuk membasmi penyakit.

“Saya mahu dapatkan kesemua tiga dos, termasuk dos tambahan (rangsangan). Saya menggesa setiap warga untuk dapatkan vaksin, setiap satu daripada mereka.”

Sebelum mengasingkan diri, Petrovic mendermakansemua wang yang diraih dari luar negara kepada masyarakat dengan membiayai pembinaan tiga jambatan kecil di bandar itu.

“Wang boleh merosakkan diri. Saya rasa tidak ada yang boleh menghancurkan manusia selain wang,” kata Petrovic kepada AFP- AGENSI/DailyStar

20 Tahun Tinggal Sendirian Dalam Gua Lelaki Ini Dapatkan Sendiri Minta Divaksin


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’

Kerajaan Minoriti Tidak Terkandung Dalam Perlembagaan – Azalina


Sebaran :

Leave a Reply