‘Dine in’ lebih masa, 17 individu termasuk pemilik premis makanan dikompaun

‘Dine in’ lebih masa, 17 individu termasuk pemilik premis makanan dikompaun. Seramai 16 individu dikompaun masing-masing RM2,000 selepas didapati ‘dine in’ melebihi masa yang ditetapkan di sebuah premis makanan di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam.

Pemilik premis makanan tersebut juga turut menerima nasib serupa apabila dikompaun RM10,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata kesemua mereka dikompaun semasa polis melakukan pemeriksaan di premis itu kira kira jam 11.30 malam Rabu.

“Mereka yang dikompaun ialah 16 pengunjung lelaki manakala seorang wanita iaitu pengusaha premis ditahan kerana melanggar SOP apabila makan di kedai yang beroperasi melebihi masa ditetapkan.

“Mereka melakukan aktiviti terlarang di bawah Peraturan 26 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPBB) (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (PPN) SOP Fasa 2 2021,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Berikutan itu, Shafee menasihati orang ramai supaya terus mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa PKP 3.0 dan pihaknya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas kepada pengusaha premis makanan dan orang ramai yang melanggar SOP.

‘Dine in’ lebih masa, 17 individu termasuk pemilik premis makanan dikompaun


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kebijaksanaan Agong jayakan gencatan politik Ismail Sabri-PH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker