MCA tidak lagi relevan kepada kaum Cina

MCA tidak lagi relevan kepada kaum Cina. Parti berasaskan perkauman MCA seolah-olah mahu menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan membangkitkan isu penduduk di kampung baru Cina.

Sebelum ini, MCA menyuarakan harapan kepada Perdana Menteri supaya pemimpin parti itu dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sensitif kepada keperluan penduduk Cina di penempatan kampung baru.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mendakwa, penduduk di kampung baru terabai sejak Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum 2018.

Katanya, sejak MCA kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), banyak isu yang tidak dapat diselesaikan.

Tambah Lian Ker, perubahan tersebut memberi tekanan kepada penduduk ketika jaringan perhubungan mereka terputus atau terganggu.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Cikgu Izzat Johari mendakwa, Naib Presiden MCA cuba mencari perhatian Perdana Menteri untuk kepentingan parti yang dilihat sudah tidak relevan kepada kaum Cina.

“Kononnya, sejak MCA kehilangan kerusi DUN, banyak isu yang tidak dapat diselesaikan seperti hak milik tanah, aktiviti pertanian, penternakan, industri pondok dan kecil, pengangguran belia dan luar bandar.

“Nampaknya, MCA sudah hilang kepercayaan malah menjadi parasit,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berpandangan bahawa tindak tanduk MCA sama seperti DAP sekiranya melibatkan kepentingan kaum Cina.

Perkara ini dapat dilihat dalam isu sekolah vernakular serta pencerobohan tanah kerajaan negeri yang dijadikan ladang durian haram di Raub, Pahang.

MCA tidak lagi relevan kepada kaum Cina


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kebijaksanaan Agong jayakan gencatan politik Ismail Sabri-PH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker