Bantu kami ‘merdekakan’ tanah air daripada COVID-19
Bantu kami ‘merdekakan’ tanah air daripada COVID-19. Menjejakkan kaki ke wad yang dipenuhi pesakit COVID-19 umpama membawa diri ke medan tempur, namun ia lebih mendebarkan lantaran senjata tidak boleh dibidik ke arah lawan kerana musuh tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
“Memang sangat risau, bimbang dan takut. Setiap hari kami berhadapan dengan mereka (pesakit) yang positif COVID-19 dan yang paling merisaukan, sekiranya kami terbawa balik virus yang mampu membunuh ini ke rumah dan menjangkiti anak-anak serta ahli keluarga yang lain.
“Namun, demi tugas dan tanggungjawab serta amanah, kami reda melaksanakan tanggungjawab ini untuk semua dan selebihnya, nasib perjuangan kami ini kami berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata Ketua Jururawat Wad COVID-19 Hospital Kuala Nerang (HKN) Mimi Yusmiza Yahya kepada Bernama di sini.
Wanita berusia 40 tahun itu berkata, perjuangan beliau dan rakan bukanlah sesuatu yang mudah dan ini memerlukan sokongan semua pihak terutamanya orang ramai.
“Bantulah kami ‘merdekakan’ tanah air kita daripada wabak yang menjadi musuh nombor satu negara ini. Dalam memerangi COVID-19 ini sangat penting untuk kita semua terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) kerana COVID-19 datang tanpa syarat, tanpa isyarat dan tanpa mengira sesiapa pun, ia membunuh sesuka hati!
“Kasihanilah kami petugas barisan hadapan yang tanpa jemu siang dan malam berperang dengan musuh yang kami sendiri tak nampak dan tahu bila akan berakhir. Penat lelah ini hanya akan hilang apabila nampak penurunan kes dari sehari ke sehari,” katanya.
Mimi Yusmiza berkata, sokongan kuat daripada rakan sekerja juga amat membantu sesama mereka dalam menghadapi serangan ‘musuh licik’ ini, selain mendapat dorongan semangat daripada ahli keluarga masing-masing.
Sementara itu, Pengarah HKN, Dr Muhammad Syauqi Abdul Kadir, berkata HKN adalah hospital COVID-19 sepenuhnya bagi menempatkan pesakit kategori 3 hingga 5 dari seluruh Kedah.
“Apabila dipilih sebagai hospital COVID-19 negeri, ia satu cabaran besar namun, ia disahut semua lapisan kepimpinan dan kakitangan hospital tanpa mengenal lelah dan putus asa.
“Ilmu dan kemahiran dipelajari dalam masa singkat, rawatan pesakit COVID-19 diberikan dengan penuh dedikasi dan komitmen yang terbaik. Ya letih, tapi itu adalah lumrah dalam berjuang,” katanya.
Beliau berkata walau apa juga rintangan, taat setia dan sumpah janji tetap dipegang kemas dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
Kedah adalah antara negeri tertinggi mencatatkan kes positif COVID-19 dengan melebihi empat angka setiap hari dan masih belum menunjukkan penurunan.
Peningkatan ini disebabkan jangkitan wabak yang sudah berada dalam masyarakat, menurut
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah Dr Othman Warijo.
“Kes telah berada di kawasan bandar dan desa, di tempat kerja dan tempat awam, di taman perumahan dan kampung. Majoriti kes baharu di Kedah dikesan daripada saringan kontak rapat iaitu sekitar 60 peratus, saringan bergejala 20 peratus dan saringan kendiri 10 peratus.
“Kewujudan varian Delta di Kedah pula menyebabkan jangkitan lebih mudah dan cepat dengan kadar kebolehjangkitan lebih besar. Seorang yang positif boleh menjangkiti semua ahli keluarga beliau,” katanya.
Beliau berkata keadaan bertambah buruk apabila ada segelintir ahli masyarakat tidak mematuhi SOP dan mengamalkan norma baharu seperti tidak memakai pelitup muka dengan sempurna di tempat awam, makan beramai-ramai ketika rehat di tempat kerja dan berkumpul tanpa penjarakan.
– BERNAMA
Bantu kami ‘merdekakan’ tanah air daripada COVID-19
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Azalina cadang Timbalan Speaker diberi kepada pembangkang
- Sejak Insiden Hina Kemaluan Bekas Isteri, Pelakon Galih Ginanjar Hilang Hubungan Dengan Anak
- Aming Sempat Pesan Ibu Tutup Aurat Sebelum Meninggal Dunia [VIDEO]
- Peniaga Ayam Golek Curi Ayam Mentah [VIDEO]
- Tak halal dunia akhirat – Amy Search
- Resepi Air Perut Kempis Badan Melentik
- Myvi Langgar Lari Viva Hingga Terbalik Nyaris Langgar Pejalan Kaki [VIDEO]
- Lan Pet Pet kini pembantu peguam
- Negara tanpa pesawat rasmi
- Cubaan lantik Azmin sebagai TPM hanyalah sabotaj kepada Perdana Menteri
- InsyaAllah Kerajaan Baharu Akan Kembalikan Kesejahteraan Rakyat – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.