Rooney yakin Ronaldo tidak akan sertai City

Rooney yakin Ronaldo tidak akan sertai City. BIARPUN gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City dikatakan hampir berjaya membawa bintang Juventus, Cristiano Ronaldo ke Etihad, namun bekas rakan sepasukannya di Manchester United Wayne Rooney yakin, bintang Portugal itu tidak akan menyertai skuad The Citizens itu.

Menurut Rooney, bekas rakan sepasukannya itu tidak akan menyertai kelab yang juga menjadi antara seteru dan juga pesaing utama United dalam saingan EPL sejak dahulu.

Malah katanya, laporan berita yang mengatakan bintang Portugal itu hampir menyertai City juga lebih dilihat sebagai spekulasi bagi menghangatkan lagi jendela perpindahan kali ini.

“Saya tidak melihat dia (Ronaldo) akan menyertai City, tetapi ia adalah bola sepak dan kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku; lagi pun, dari segi kewangan lebih baik dia menyertai Paris Saint-Germain (PSG).



“Lagi pun, dah hampir sedekad, Ronaldo tidak beraksi di EPL, oleh itu bagi saya, dia berhak untuk membuat keputusan dengan mengambil kira kepentingan dirinya serta keluarganya,” katanya.

Untuk rekod, Ronaldo mula beraksi untuk United sejak musim 2003 hingga 2009 lalu sebelum menyertai Real Madrid dan Juventus.

Tambah Rooney, Ronaldo juga memiliki legasi yang baik di United dan sudah semestinya sukar untuknya beraksi dengan pasukan lain di EPL.

Malah katanya, tindakan Ronaldo menyertai pasukan lain juga pastinya turut menimbulkan pelbagai ‘kecaman’ daripada penyokong skuad The Red Devils itu.



Rooney yakin Ronaldo tidak akan sertai City


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azizulhasni Beri Bayangan Bersara Selepas Olimpik Paris 2024

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker