Saintis temui fosil paus berkaki empat di Mesir

Saintis temui fosil paus berkaki empat di Mesir

KAHERAH – Sekumpulan saintis memaklumkan bahawa mereka menemui fosil berusia 43 juta tahun milik spesies amfibia paus berkaki empat di Mesir, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Penemuan itu dapat membantu ahli-ahli sains mengesan peralihan ikan paus dari habitat darat ke laut.



Ketua penyelidik Mesir dalam satu kenyataan berkata, penemuan baharu itu adalah milik Protoceditae iaitu sejenis ikan paus yang telah pupus dan berada di tengah-tengah peralihan itu.

Fosil itu digali daripada batu Eosen di Fayum Depression yang terletak di Gurun Barat Mesir.

Kawasan tersebut satu ketika dahulu pernah diliputi laut yang memberikan banyak penemuan berhubung evolusi ikan paus sebelum dikaji di Pusat Palentologi Vertebrata, Universiti Mansoura (MUVP).

Spesies paus baharu itu diberi nama Phiomicetus anubis dan mempunyai badan sepanjang tiga meter dengan anggaran berat sekitar 589 kilogram.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU



Mohamed Sameh Antar (kiri), Abdullah Gohar (tengah) dan Hesham Sallam menunjukkan fosil haiwan unik yang ditemui itu.

Ia juga dikatakan mungkin merupakan haiwan pemangsa teratas. Sebahagian rangkanya mendedahkan haiwan itu mungkin merupakan paus protocetid paling primitif yang diketahui dari Afrika.



“Phiomicetus anubis merupakan kunci kepada spesies ikan paus dan merupakan penemuan penting bagi paleontologi Mesir dan Afrika,” kata penulis utama penemuan itu yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of The Royal Society B., Abdullah Gohar.

Nama paus itu diambil bersempena nama Fayum Depression manakala nama spesiesnya pula merujuk kepada Anubis yang merupakan seorang dewa Mesir yang dikaitkan dengan mumia dan kehidupan selepas mati. K Online

Saintis temui fosil paus berkaki empat di Mesir

TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker