Kita yakin kemampuan anggota kabinet baharu

Kita yakin kemampuan anggota kabinet baharu. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan keyakinan anggota kabinet baharu mampu menggalas amanah dan akan meneruskan usaha menangani wabak Covid-19 serta menjaga kebajikan rakyat dan membina semula sektor ekonomi negara.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ini kerana program-program bantuan rakyat yang bernilai ratusan bilion yang telah dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diteruskan.

“Saya juga mencadangkan agar kabinet ini segera melihat kembali cadangan-cadangan reformasi institusi yang dicadangkan oleh Muhyiddin.



“Asas dan kerangka baik yang telah dibina oleh Muhyiddin wajar menjadi landasan untuk bergerak ke hadapan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada masa sama, beliau berkata, Bersatu mengucapkan tahniah kepada semua anggota kabinet yang diumumkan pada Jumaat.

“Tahniah juga khususnya kepada semua pemimpin Bersatu yang dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

“Bersatu akan menjadi parti anggota kerajaan yang sentiasa memberi sumbangan-sumbangan konstruktif untuk kebaikan rakyat dan negara, menjulang kedaulatan undang-undang serta menjaga kebebasan institusi kehakiman dan perundangan,” katanya.



Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan barisan kabinet untuk sama-sama menerajui pentadbirannya.

Kita yakin kemampuan anggota kabinet baharu


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker