Keputusan bijaksana Perdana Menteri bukti ini ‘Kabinet Ismail Sabri’

Keputusan bijaksana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memeterai perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dengan Pakatan Harapan (PH) adalah isyarat jelas pembentukan kabinet baharu kerajaan yang bakal diumumkan tidak lama lagi, adalah ‘Kabinet Ismail Sabri’.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kejayaan Ismail Sabri mendapat sokongan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PH lain akan memastikan beliau bukan sahaja dapat melepasi ujian usul penentuan keabsahannya pada sidang Parlimen akan datang, bahkan memastikan pembentukan kerajaan baharu adalah lebih stabil.

Jelas beliau, perkara paling penting adalah Ismail Sabri tidak akan tertekan dengan kemungkinan diugut mana-mana pihak untuk menarik sokongan terhadap beliau sekiranya mereka tidak diberikan sebarang jawatan dalam kerajaan.



“Perjanjian CSA dengan PH adalah satu isyarat bagus bagi memastikan kerajaan Ismail Sabri lebih stabil.

“Perjanjian ini juga membolehkan Ismail Sabri menghantar isyarat bahawa pembentukan kabinet baharu adalah ‘Kabinet Ismail Sabri’ yang tidak akan diganggu gugat dengan sebarang ugutan pihak tertentu untuk menarik sokongan terhadap beliau sekiranya tidak diberikan jawatan kerajaan.

“Dalam keadaan krisis ketika ini, takkan semua pihak masih hendak berpolitik lagi. Jadi, dengan adanya perjanjian CSA dengan pembangkang, saya anggap Perdana Menteri amat bijaksana dalam melihat segala sudut demi memastikan kerajaan dan kabinet baharu lebih stabil,” katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bersama ditandatangani Ismail Sabri dan tiga ketua parti dalam PH iaitu Anwar, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memberi jaminan akan mencari titik persamaan terbaik bagi menangani krisis penularan Covid-19 dan ekonomi negara pada Rabu.



Kenyataan itu dibuat setelah Ismail Sabri mengadakan pertemuan selama satu jam dengan tiga pemimpin PH itu di Putrajaya pada petang Rabu.

Pertemuan itu juga membuktikan kata-kata Ismail Sabri dalam ucapan sulungnya selaku Perdana Menteri yang cuba membawa semangat Keluarga Malaysia dan mengajak parti pembangkang untuk bersama-sama membantu kerajaan baharu pimpinannya bagi menangani tri-krisis yang melanda negara.

Al-Sultan Abdullah (kanan) berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan Perdana Menteri kesembilan kepada Ismail Sabri ketika Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Al-Sultan Abdullah (kanan) berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan Perdana Menteri kesembilan kepada Ismail Sabri ketika Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pada Khamis, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Abdul Aziz, Kuantan dan dijangka mengumumkan pelantikan barisan kabinet baharu selepas itu.

Mengulas lanjut mengenai pembentukan kabinet baharu, Mohd Redzuan tidak menolak kemungkinan ia akan lebih kecil berbanding saiz jemaah kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.



Pandangan beliau itu bersandarkan kepada inisiatif Ismail Sabri yang meneruskan usaha pembentukan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19, di samping kejayaan beliau memeterai perjanjian CSA bersama PH.

“Pada saat fokus kerajaan baharu lebih tertumpu kepada usaha memerangi pandemik Covid-19 dan masalah ekonomi, pembentukan kabinet lebih kecil bagi dua tujuan utama itu mungkin dilihat lebih praktikal.

“Lagipun Perdana Menteri sudah komited meneruskan usaha MPN serta penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19. Ditambah pertemuan dengan Ketua Pembangkang semalam (Rabu), semua perkara itu petanda jelas menampakkan Ismail Sabri tidak memerlukan kabinet besar,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan terpilih dalam senarai jemaah menteri kabinet baharu, Mohd Redzuan atau lebih dikenali Pak Wan menegaskan perkara itu bukan menjadi keutamaan beliau ketika ini.



Sebaliknya, beliau dan ahli-ahli Parlimen Bersatu lain menyerahkan kepada kebijaksanaan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat keputusan terbaik demi kesejahteraan rakyat.

“Kalau tidak terpilih sekali pun, saya tiada masalah kerana itu keputusan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu.

“Kami masih boleh menyalurkan segala bentuk permasalahan rakyat melalui sidang Parlimen dan rakan-rakan menteri yang dilantik dalam kabinet baharu kelak. Jadi, sama ada dilantik sebagai menteri atau tidak ia bukan satu isu,” katanya.

Keputusan bijaksana Perdana Menteri bukti ini ‘Kabinet Ismail Sabri’




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan bazir duit rakyat, cukup seorang TPM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker