Sultanah perlu kemuka bukti, kata Mahkamah Rayuan

Tiada pengecualian, Sultanah perlu kemuka bukti, kata Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah supaya baginda tidak perlu memberikan keterangan dalam kes saman yang dikemukakan terhadap pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, plaintif tidak seharusnya meneruskan permohonan melalui Aturan 14A Perintah Mahkamah Tinggi.



“Perkara itu perlu diputuskan melalui perbicaraan. Permohonan berkenaan sepatutnya ditolak,” katanya, membenarkan rayuan Rewcastle Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise, Chong Ton Sin dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd.

Hakim Zabidin, bersama hakim M Nantha Balan dan Lee Heng Cheong, berkata, panel bersetuju ramuan pembelaan perlu mengikuti “bane and antidote” (racun dan penawar).

“Penerbitan terbabit perlu dibaca secara keseluruhan dan ‘racun dan penawar’ juga perlu diambil kira. Ia tidak boleh melangkaui terus ke Perintah 14A seperti diputuskan hakim,” katanya.

Zabidin berkata, dalam kes itu kenyataan fitnah ditemui dalam muka surat ketiga dalam buku berkenaan, namun defendan mengambil posisi “antidot” berada pada muka surat 438, justeru kes perlu ditentukan selepas melalui perbicaraan.



Peguam Gopal Sri Ram, yang hadir mewakili defendan hari ini, dalam hujahannya berkata, pihak yang mempunyai keberanian memulakan proses mahkamah perlu hadir untuk membentangkan pembuktian.

Katanya, saman terbabit sepatutnya melalui perbicaraan penuh kerana membabitkan isu yang boleh dibicarakan.

Peguam Vishnu Kumar, mewakili Sultanah, dalam hujahannya berkata, Mahkamah Tinggi memutuskan defendan didapati memfitnah plaintif dan beban pembuktian adalah terletak pada pihak pembelaan.

Pada 31 Disember 2019, hakim Ahmad Zaidi Ibrahim, memutuskan defendan memfitnah Sultanah dalam kes saman berkenaan.



Hakim Ahmad Zaidi berkata, dalam pemikiran orang yang munasabah, dalam buku “The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose” mempunyai kenyataan fitnah terhadap plaintif.

Beliau turut bersetuju dengan peguam Sultanah bahawa defendan tidak mengemukakan pakar bahasa bertujuan membuktikan kandungan dalam buku terbabit tidak memfitnah.

Hakim Ahmad Zaidi, berkata, “terpulang kepada pihak defendan bagi pembuktian” dan defendan boleh mengambil pendirian bergantung kepada pembelaan sedia ada dalam kes fitnah berkenaan atau mengambil posisi untuk berdiam diri.

Pihak defendan menyatakan dalam pembelaan mereka bahawa kandungan buku itu tertakluk di bawah pembelaan justifikasi, komen adil dan perlindungan bersyarat.



Sultanah Nur Zahirah dalam permohonan samannya mahu penghakiman diputuskan mengikut Aturan 14A.

Sultanah memohon supaya mahkamah menentukan persoalan sama ada kandungan dalam buku itu merujuk kepadanya, sama ada ia diterbitkan kepada pihak ketiga dan sama ada ia berunsur fitnah.

Katanya, fitnah itu antara lain bermaksud beliau mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Terengganu, menggunakan peranan untuk mempengaruhi penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) yang kemudian ditukar kepada 1MDB.

Katanya, pernyataan fitnah juga didakwa menerusi tuduhan menolong ahli perniagaan Jho Low atau Low Taek Jho mendapatkan peranan sebagai penasihat dalam TIA.



Beliau memohon ganti rugi RM100 juta daripada setiap defendan. FMT

Sultanah perlu kemuka bukti, kata Mahkamah Rayuan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker